AnakSuhaemi


For You !

Assalamualaikum.. Selamat datang ke BlogFly yang tak berapa nak terbang ni. Sila jaga tangan anda yang sesekali suka sangat nak copyFly copyFly watever benda. No no no jangan buat di sini.. Minta kebenaran dulu :D

Filem2 --> Love Story



Saturday, December 3, 2011 | 3:36 PM | 0 ♥
Assalamualaikum,
Hari ini aku nak cerita pasal filem Love Story versi Indonesia yang aku tengok malam semalam di Astro Pelangi kalau tak salah aku laa. Memang best giler laa wa cakap sama lu. Sampai aku pon boleh nangis semalam tengok sorang-sorang. Oke, balik kepada tajuk yer?

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang tidak asing lagi kalau bukan Acha Septriasa (Ranti), Irwansyah (Galih). Cerita ini mengisahkan tentang keakraban Ranti dan Galih tidak disenangi masyarakat setempat. Mereka bimbang, pernikahan dua bangsa berbeza ini akan membawa musibah kepada kampung masing-masing.


Sejak kecil lagi Ranti dan Galih rapat dan selalu bersama-sama walaupun mahu pergi ke sekolah. Keakraban yang akhirnya menyemaikan cinta di hati mereka. Galih telah berjanji untuk merealisasikan impian Ranti untuk menjadi guru bila sudah dewasa.

Ketika menginjak dewasa, cinta Ranti dan Galih semakin mekar sampai tiada sesiapun yang dapat menghalangnya. Tetapi, masyarakat sekeliling telah menghalang cinta mereka kerana mereka percaya jika ada percintaan di antara dua desa yang dipisahkan oleh sungai itu, akan berlaku bencana menimpa kampung mereka.

Mereka berpisah ketika Galih harus mengikut ibu bapanya pindah ke kota dan Galih berjanji kepada Ranti, apabila dia pulang, dia akan menyuruh pemandu bas hon sebanyak 3 kali. Selama beberapa tahun, Ranti menunggu tanpa penat. Akhirnya, Galih pulang sambil berazam ingin mencapaikan cita-cita Ranti untuk menjadi guru itu dengan membina sebuah sekolah yang lengkap dengan kincir air untuk sumber elektrik sekolah.

:Ayat:
- Cinta, tumbuh dalam hati manusia untuk membuat orang lain bahagia.
-Cinta adalah anugerah daripada Tuhan yang membawa kebaikan, bukan untuk ditakuti.
- Cinta bukan untuk dipisahkan, justeru disatukan.
- Cintaku akan abadi selamanya.
- Mengalir bersama airan, tumbuh bersama tanaman, menerangi hati dan fikiran, itulah nyanyian cintaku padamu.

Ayat terakhir:
-Waktu berlalu, hari terus berganti penduduk akhirnya menyadari kekeliruannya, Galih telah tiada tapi Galih telah berhasil mewujudkan impian Ranti dalam kebesaran cintanya. Cinta yang membuat anak-anak tidak perlu sekolah jauh lagi. Cinta yang menyatukan dua desa yang berseberangan sungai dan mempertemukan cinta-cinta yang selama ini dipisahkan oleh kutukan. Cinta yang membuat kincir air berputar menerangi rumah-rumah penduduk. Cinta yang menghasilkan aliran air yang mengairi kebun-kebun, sawah-sawah dan ladang. Cinta, yang membuka mata, hati dan fikiran. Kisah cinta Galih dan Ranti terus dibicarakan, diceritakan turun-temurun, dikenang sepanjang jaman, menjadi lagenda yang tidak mengotor, tetapi membawa damai dan kebaikan.

Galih telah melamar Ranti di depan masyarakat sekampung. Pada malam itu, Wagih telah hilang dan ditemui mati di sungai dan masyarakat percaya ia adalah bencana kerana cinta Ranti dan Galih telah melanggar sumpahan. Ranti pula menafikan kenyataan itu kerana ia berpendapat Wagih meninggal kerana mengambil jalan pintas untuk ke sekolah.

Galih sehabis mungkin mahu membina sekolah sampaikan memudaratkan kesihatannya. Ranti pula telah didera dan dikurung oleh ayahnya di dalam bilik. Tetapi, ia tidak dapat menghalang Ranti untuk keluar kerana Ranti mempunyai banyak cara untuk meloloskan diri daripada kurungan itu.

Masyarakat sekeliling sedaya upaya menghalang cinta mereka dengan membakar sekolah yang hampir siap itu. Namun, itu tidak dapat menghalang Ranti dan juga Galih untuk membangunkannya semula. Penyakit yang dihidapi Galih semakin parah dari hari ke hari dan masyarakat sekeliling beranggapan itu disebabkan mereka berdua telah melanggar sumpahan.

Perjuangan cinta mereka ternyata sulit kerana pelbagai rintangan yang harus ditempuhinya dan telah menyentuh hati masyarakat sekeliling. Penyakit Galih parah dan Ranti tidak dapat mengubatinya kerana sering dihalang oleh bapanya. Ranti telah didera oleh bapanya sampai pengsan selama 3 hari.










Selepas sedar, Ranti berusaha pergi ke tapak sekolah walaupun sudah dihalang oleh neneknya. Dia terharu dan gembira apabila melihat sekolah yang lengkap dengan kincir air itu sudah siap dibina oleh Galih. Tiba-tiba,  ayah Ranti bersama penduduk datang untuk membakar sekali lagi sekolah itu.

Niat mereka untuk membakar sekolah itu terbatal apabila melihat keajaiban yang dibina oleh Ranti dan juga Galih. Galih akhirnya meninggal di samping Ranti dan kekuatan cinta antara mereka berdua telah membuka hati masyarakat sekeliling untuk tidak mempercayai sumpahan itu lagi. Cinta antara dua desa yang pernah terpisah selama ini akhirnya terjalin tanpa apa-apa bencana yang menimpa.

Sekolah yang melambangkan cinta Ranti dan Galih itu sampai sekarang digunakan oleh masyarakat untuk anak-anak mereka pergi belajar dan gurunya adalah Ranti. Kisah percintaan antara Ranti dan Galih telah diceritakan kepada semua generasi dan diturunkan turun temurun.

Kalau korang nak tengok filem ni korang boleh tengok dekat SINI yer?

Labels:



|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee