AnakSuhaemi


For You !

Assalamualaikum.. Selamat datang ke BlogFly yang tak berapa nak terbang ni. Sila jaga tangan anda yang sesekali suka sangat nak copyFly copyFly watever benda. No no no jangan buat di sini.. Minta kebenaran dulu :D

Cerpen Pilihan #1: Indah Sekuntum Teratai.



Saturday, December 24, 2011 | 5:46 PM | 0 ♥
Assalamualaikom...
Kali ini aku nak buat post berkenaan dengan cerpen. Cerpen yang akan aku buat ni aku ambil daripada Majalah Remaja. Bukan aku yang buat taw? Aq cuma pembacanya sahaja. Apabila aku rasa macam cerita ni tentang cinta dan aku terfikir untuk mempromosikannya lagi di blog. Okela, selamat membaca.!


Di sini terlakar peristiwa yang mencipta kenangan kami. Kami pernah meniti permatang, merentasi senja merah kala burung-burung berterbangan pulang ke sarang. Kami pernah duduk di dangau kecil ini sambil bercerita kisah kami. Kisah hati kami dan terlakar di hati kami betapa kami mencipta harapan, menganyam impian. Padanya selaut kasihku bergenang tenang untuk dia renangi dan untukku kasihnya bagai tidak bersempadan.

Di sini juga mengeratkan desah rindu kami. Kami pernah berlari lalu bila penat, kami bersandar di pohon bunga yang rendang. Kami berhenti berkata-kata, menghilangkan mengah dan akhirnya kami akan ketawa bersama bila melihat wajah masing-masing yang kepenatan. Di sini kami sering mengimbas pertemuan pertama kami. Ia bagai basah dalam ingatan, menghadirkan seri dalam perjalanan cinta. Pahit-manis kami lalui, suka-duka kami jalani. Segalanya demi hari depan yang terindah. Betapa kami terus membina harapan setinggi langit, menyubur impian agar bahagia mekar berbunga. 
      Di sini juga kenangan terus subur, membuka satu-persatu lembaran baru. Kami berpisah seketika saat kepulanganku ke Kuala Lumpur. Kami berpisah di tepi tali air yang di dalamnya mekar teratai. Kami pernah mengucap selamat jalan dan kala itu air mata bagai tidak lagi mampu tertahan lalu kami sama-sama menangis. Sayu di hati betapa perpisahan ini mengajar erti cinta, mengundang rindu yang panjang pada hati-hati kami. 
      Di sini juga kami pernah mengutip teratai lalu di bawa bersama satu perpisahan. Dia pernah meletak sekuntum teratai itu di telapak tanganku bersama ucap selamat jalannya. Ku lihat matanya berkaca, dadanya berombak. Katanya teratai lambang cinta kami. Katanya lagi, teratai yang ku beri padanya saat cintanya ku lamar akan terus mekar di hati bersama cinta yang takkan dibiarkan layu. Biar masa berputar merubah musim, padaku dia mendambakan sebuah harapan hati dan padanya ku titipkan impian yang terus bersemi. Kami sesungguhnya menghidupkan sebuah penantian. 
      Di sini juga mencatat pengakhiran saat menyambut kepulangan kami. Saat kami kembali ke sini, tiba-tiba segalanya bagai terhenti. Segala-galanya menjadi kosong tidak bererti. Dan di sini juga telah kami ciptakan rindu tidak bertepi dalam sebuah kenyataan yang hakiki. 
***
      Athia menyusun ikan kering yang masih lembap itu ke atas pangkin. Separuh kerjanya terganggu dengan panggilan emaknya. Dia pantas meletakkan bakul berisi ikan lalu masuk ke rumah. 
      Terpana aku kali pertama melihatnya. Wajah polos putih kemerahannya di hiasi sepasang mata yang cantik, beralis lebat. Hidungnya mancung dengan seulas bibir yang sempurna. Aku teruja mahu melihat wajah bujur sirih itu dihiasi rambut namun tidung yang diikat ringkas itu menghindar keinginanku. Niatku terusir jauh, jua menghormati susur agamanya. 
      "Ini anak mak cik, Athia Nurshuhada. Itu adiknya, Aisya Zahra..."
      "Saya Muhammad Afizzar." Senyumanku disambut dengan anggukan. Dia tersenyum sedikit. Mak Su Ipah turut tersenyum. Kemudian menambah,
      "Zar ni orang KL. Kata Nasa anak orang barada tapi sanggup masuk ke kampung macam ni..."
      "Masuk ke kampung ni, kerja apa?" wajahnya curiga. Tidak senang agaknya aku dilayan ramah oleh Mak Su Ipah walau senyumannya sebentar tadi ku lihat seperti ikhlas. 
      "Err.. saya..."
      "Tak apalah, kerja apa pun boleh duduk di kampung ni. Siapa pun tak boleh halang asal pandai-pandailah bawa diri..." Mak Su Ipah memintas. Aku tersenyum sedikit tapi gadis Athia itu kelihatan mengetap bibir. 
      "Thia ke bawah dulu. Ikan tak terjemur lagi, nanti dibawa lari kucing pula..." dia lekas-lekas mahu menghindar diri. Mak Su Ipah hanya menggeleng, "mana ada kucing makan ikan kering?" rungut Mak Su Ipah. Aku hanya tertunduk. Perkenalan itu memang tidak menyenangkan gadis itu, hanya Mak Su Ipah saja yang ramah. 
***
      Athia!
      Athia itu seperti amat sukar difahami. Selama beberapa hari aku duduk di sini, tidak pernah sekalipun dia menegurku. Hanya jelingannya tajam, mengisyaratkan dia tidak senang dengan kehadiranku di rumah ini. 
      "Thia pindah aja bilik belakang kalau tak selesa dengan Zar." suara Mak Su Ipah tegas. Wajah Athia jadi keruh. Dia masuk semula ke dalam biliknya, menutup pintu rapat-rapat. Aku tersenyum menang, masuk semula ke bilikku. Gitar di katil aku capai. Memang patut pun Athia beralah demi keselesaan orang luar seperti aku. Almarinya juga sudah dipindahkan ke bilikku malah apa jua, Mak Su Ipah akan memenangkan aku.
      "Tolonglah hormat orang lain, jangan memekak. Kalau awak nakmain gitar dan melalak, lebih baik melalak kat tepi bendang sana!!" suara Athia kedengaran dari bilik sebelah. Dia mendengus saat aku masih tidak mengendahkan kata-katanya malah sengaja menyanyi dengan lebih kuat lagi. Athia tidak peduli lagi. Yang kedengaran hanya alunan ayat suci Al-Quran, beralun lembut. Sedang dia mengaji, aku terus-menerus melalak, menenggelamkan asyik alun suaranya.
      "Tolong jangan memekak boleh tak?" suara Athia menyapa tika aku masih galak menyanyi. Aku hanya mencebik, memandang ke arahnya yang masih bertelekung, berdiri di muka pintu bilikku. Renungannya yang tajam tak ku endah.
      "Nak dengar saya main lagu baru saya? Saya dapat ilham bila awak bising-bising macam mak nenek!"
      Athia mendengus. Serentak dia meluru ke arahku, merampas gitar di tanganku. Gitar itu serta-merta dihempas ke tanah melalui tingkap bilik. Aku terkejut tanpa sempat menghalangnya.
      "Thia, awak tahu tak apa awak buat ni hah?!!" aku menjerkahnya. Dia mengangkat kening, mengungkit bahu.
      "Itu pengajaran buat manusia macam awak..." suaranya mempersenda. Dengan senyuman sinis, dia berlalu. Meninggalkan aku terpinga-pinga. 
      "Susah juga nak duduk kampung orang, rumah orang..."
      "Orang mana pulak? Kan rumah ni rumah aku?" Nasarudin yang baru balik dari surau mencelah. Dahinya berkerut, hairan mendengar kata-kataku. 
      Aku mendengus kecil. Masih terasa hati dengan layanan kasar Athia.
      "Ni tentu fasal Athia?" dia tiba-tiba meneka, menilik wajah keruhku dalam-dalam.
      "Dia memang macam tu. Sejak arwah ayah pergi, dia jadi pendiam..."
      Aku tersentak. Tidak ada apa-apa yang mampu aku komen mengenai Athia. Dia jarang berbaik dan ramah dengan orang luar, lelaki apatah lagi. Dia tak senang dengan semua kawan-kawan aku malah sebab dia, tak ada kawan aku yang nak lepak sini. Nak jumpa aku pun, diorang jumpa di gerai makan hujung kampung itu. Lagi satu, semua pinangan orang dia tolak. Tak paham aku!..." cerita Nasarudin sungguh-sungguh. 
"Tolonglah hormat orang lain, jangan memekak. Kalau awak nak main gitar dan melalak, lebih baik melalak kat tepi bendang sana!"
Aku hanya mendengar. Dari kisah Nasarudian itu, aku dapat merasakan ada sesuatu yang lebih berat terbeban pada gadis bernama Athia itu yang aku sendiri tidak pasti...
***
      "Thia!"
      Athia tidak endah. Aku mengejarnya yang berjalan laju di permatang. Langkahnya laju namun pada langkah yang terakhir mahu naik ke batas, tanah licin menyebabkan tubuhnya masih tidak dapat diimbang. Dia terhuyung-hayang sebelum tergelincir.
      "Thia!" Aku terkejut. Athia sudah pun terjelepok dan pantas aku berlari menghampirinya. Lengannya ku tarik agar dia mampu bangun. 
      "Tepi!! Saya boleh bangun sendiri!!" jerkahnya. Tubuhku ditolak kasar. Dia cuba bangun tapi masih gagal. Kesakitan yang mencengkam membuatkan dahinya berkerut menahan sakit tapi dia masih berusaha untuk bangun. Aku jadi kasihan, panyas menarik lengannya biarpun dia meronta. 
      "Tak payah!"
      "Kenapa degil sangat?!" mataku membuntang. Nada menjadi tinggi. Athia terdiam tiba-tiba. "Awak ingat dengan kaki terseliuh tu awak boleh balik sendiri?" aku tidak peduli, terus menarik lengannya. Aku memapahnya hingga ke rumah. 
      "Jangan keran saya orang luar, awak mahu membebani saya dengan kebencian awak, dengan dendam awak. Saya bukan Faizal! Saya bukan lelaki yang bodoh dalam menilai keindahan seorang perempuan dan saya bukan lelaki yang tidak tahu menghormati!"
      Athia tersentap. Nama Faizal yang ku tutur sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Sesungguhnya ada sesuatu yang berlaga di hatinya saat aku mengulangi nama itu di pendengarannya.
      Aku sesungguhnya telah menyelusur hidupnya. Kisah Faizal, abang tirinya yang mahu memperkosanya meninggalkan hitam pada kamus hidupnya dan kebenciannya terus subur bersama dendam. Dia membenci ayah tirinya, juga mendendami Faizal malah hanya kerana aku seorang lelaki, dia menafikan segala fitrah. Dia terus-menerus dengan curiga dan dendamnya.
      "Saya boleh keluar dari rumah tu kalau awak benci sangat dengan sangat!"
      Dia tidak bersuara, hanya sekali mengaduh sakit.
      "...dan awak pun tak perlu lagi mengurung diri dalam bilik dan hanya keluar setelah saya dan Nasa keluar bekerja. Lepas saya keluar awak boleh hidup bahagia. Itu yang awak mahukan??"
      Tidak ada reaksi. Gadis itu pantas meloloskan diri, meleraikan cengkaman tanganku pada bahunya.
      "Terima kasih kalau awak faham!" ucapnya. Dia terenjut-enjut berjalan ke arah rumah. Aku yang ditinggalkan hanya mengeluh. Betapa sukar melentur keras hatinya. Betapa dia tegar mempertahankan prinsipnya, tidak bisa membenarkan sedikit pun hatinya di sapa kasih seorang lelaki. 
      "Kemaslah barang awak..." suaranya masih kedengaran biarpun dia tidak lagi berpaling padaku yang termangu kesal. Sungguh, tidak tahu diuntung!. Aku sudah menolong, masih tidak mahu berterima kasih. Pun dia masih melayani aku dengan kasar. 
      "Saya akan keluar dari sini..."
"Jangan kerana saya orang luar, awak mahu membebani saya dengan kebencian awak, dengan dendam awak. Saya bukan Faizal! Saya bukan lelaki yang bodoh dalam menilai keindahan seorang perempuan dan saya bukan lelaki yang tidak tahu menghormati!"
      Malamnya aku bersuara. Ketika itu kami sedang menikmati makan malam. Athia tidak ada bersama dengan alasan kakinya masih berdenyut. Ah, jika tidak kakinya terseliuh pun, dia tidak akan makan sekali jika aku ada bersama. Dia seakan menghindar diri dariku, aku merasa sedikit terkilan. Sememangnya semenjak berbulan lalu, sejak aku di sini, tidak pernah Athia makan sekali. Ada saja alasan yang diberi.
      "Saya akan keluar dari rumah ini..."
      "Kau dah hilang akal?" Nasa menyergah, matanya membuntang. Mak Su Ipah turut berhenti suapan.
      "Saya akan menyewa rumah lain..."
      Mak Su Ipah menghela nafas panjang. Kejutan masih tergambar pada kerut di dahinya. Lama kemudian suaranya mengendur. "Tak selesa tinggal di rumah mak cik, Zar? Ye lah, rumah kampung, buruk pulak tu. Mana sama rumah mewah di Kuala Lumpur nu"
      Aku serba-salah. Mak Su Ipah sudah tersinggung benar, lekas membasuh tangannya dan beredar.
      "Maaf..." ucapku perlahan. Seleraku turut hilang. Aku beredar, duduk di tangga. Nasa mengekori.
      "Aku tahu sebabnya. Fasal Athia kan? Tapi Zar, kau tak boleh buat macam tu. Tinggalkan rumah ni sedangkan kita perlu habiskan sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Kolam udang perlu penyeliaan. Kita tak boleh tinggal pada pekerja semata-mata."
      "Aku terus di kampung ni tapi bukan duduk di sini.."
      Nasarudin mengeluh. Seimbas, padanannya singgah pada wajahku. "Aku tahu Zar, kau tak boleh tahan dengan perangai Athia. Dia memang macam tu, janganlah ambil hati dengannya.."
      "Entahlah.." suaraku juga perlahan, bersama keluhan panjang. Sesungguhnya kedinginan Athia membuat aku terpinggir.
      "Kau tak kasihan dengan mak aku? Dia terasa hati bila kau bertindak nak tinggalkan rumah ni. Mak aku tak salah, yang salah Athia. Layanan mak aku dah cukup baik. Fasal Athia, biarlah dia. Aku pun tak paham dengan dia sampai kadang-kadang aku dah tak tahu nak cakap apa lagi padanya.."
      Aku terbuai rasa bersalah. Sesungguhnya layanan Mak Su Ipah adalah yang terbaik. Aku tidak punya niat untuk menyinggung perasaannya namun kehadiranku di sini seolah-olah membebankan Athia. Biarpun tidak pernah sekalipun dia membuka ruang bicara kami, kebenciannya seakan meluap-luap saat berselisih denganku. Jelingannya tajam, bibir cantik itu tidak pernah bisa mengukir sekuntum senyuman buatku. Dia menterjemah kebenciannya tidak dengan kata-kata tapi gerak lakunya sudah menunjukkan betapa dia tidak senang dengan kehadiranku di sini.
      "Athia dah banyak berubah. Aku tak tahu ke mana pergi sifat ramahnya. Kalau dulu,, dia paling ceria tapi semunya berubah bila arwah ayah pergi. Dia benci Pak Yusof bapa tiri kami. Dia tak setuju bila mak kahwin dengan Pak Yusof. Waktu orang tua tu meninggal pun dia seperti tak merasa apa-apa."
      Aku terdiam. Nasa terus bercerita Athia tiba-tiba muncul, berdiri di muka pintu dengan pandangan tajam, tepat memandang ke arahku. Nasa segera menepuk bahuku sebelum berlalu.
      "Awak buat mak menangis lagi." Suaranya serak, masih menyalahkan aku. "Sepatutnya awak keluar dari sini tapi kalau itu membuatkan emak lebih terasa hati..." dia terhenti. Kali pertama dia menatapku begitu tulus. Pun begitu, hanya sebentar, cepat dilarikan anak mata bila aku membalas renungannya.
      "Kalau itu membuatkan emak lebih terasa hati, tolong jangan keluar dari sini. Teruslah tinggal di sini selama mana awak mahu.."
      "Thia? Aku terpempan. Dia telah pun berjalan terenjut-enjut menuju biliknya.
      Semenjak itu kami menjadi agak akrab. Dia yang kembali membuka jalan, mencipta takdir baru buat kami. Dapat ku lihat dengan jelas perwatakannya yang sebenar. Dia sesungguhnya gadis yang bijak berhujah, tegas pendirian. Keindahan wajahnya dan santun lakunya menjadi pelengkap pada pesonanya yang terhebat. Malamnya diulit dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Siangnya dia leka membantu Mak Su Ipah menguruskan rumah, juga turun ke bendang.
      "Orang tak belajar tinggi, macam ni lah.." getusnya suatu petang. Aku tersenyum sedikit, mencuri pandang padanya. Langit masih cerah seawal 5 petang begini. Angin petang membuai lembut, meniup tudungnya hinggan terliang-liuk.
      "Bukan tak belajar tinggi, bukan tak ada peluang tapi tak ada rezeki. Ada hikmah segala apa yang ditakdirkan..." aku seperti memujuk. Teringat cerita Nasarudin, Athia bukan tidak berpeluang menyambung pelajarannya ke universiti tapi Pak Yusof enggan benarkan. Mungkin kerana itu Athia membenci ayah tirinya itu.
      "Memang semua manusia merancang tapi tak semua yang dirancang itu diizinkan tuhan. Itu namanya takdir. Setelah berikhtiar, kita harus tetap akur dengan ketentuan-Nya.."
      Athia melepas keluhan berat. Pandangan jauh merentasi sawah yang terbentang.
      "Bila balik semula ke KL?"
       "Lusa, Thia ikut saya?"
      Athia ku lihat menggeleng lemah. Dia bangun dari pangkin di dangau itu, berjalan perlahan-lahan meniti permatang. Aku lekas mengiringinya.
      "Kenapa?"
      Dia tidak menjawab. "Awak belum pernah cuba buah teratai kan?" soalnya, menenggelamkan soalan ku. Dia lebih berminat mengajak aku mencuba buah teratai itu dari membincangkan soal dirinya.
      "Awak belum pernah rasa buah teratai kan?" ujarnya lagi sementelah aku terpinga-pinga mencari jawapan.
      "Belum. Bunganya pun jarang saya lihat kecuali bila datang ke sini..." ujarku. Athia tersenyum. Denga ranting panjang yang diambilnya di tepi sawah tadi, dia menguis daun teratai. Akar teratai yang tersangkut, ditarik ke tepi tali air. Dia mencapai buah teratai dari kelompok yang sudah tua dan aku pantas memetik kuntumnya.
      "Cubalah rasa..."
      Aku ragu. Nasarudin sendiri tidak pernah ku lihat memakan biji dari buah teratai itu.
      "Cubalah. Tak apa, tak beracun..." dia membuktikan, mengunyah biji teratai itu dengan bersahaja. Aku tersenyum dan turut mencuba. Mataku masih jua tidak lari dari melihat wajahnya yang tertunduk sopan. Sesungguhnya saat ini aku merasakan, di hatiku ada perasaan aneh menyelinap licik, menjadikan dia yang teristimewa!
      Yang terindah, yang terus-menerus meraih rasa cintaku.
      "Menghuni hati saya kerana awak yang terindah..." aku mengulangi, juga berusaha untuk meyakininya. Athia tergesit, sedikit gusar. Tidak ada senyuman pada raut wajah itu melainkan kerutan di dahinya. Lamaranku seperti mengundang kekeliruan padanya.
      "Thia..." suaraku perlahan, berbisik. Aku sebenarnya berharap sekali pun aku tahu hatinya berlaga curiga saat ini.
      "Thia, saya tidak ingin membeli cinta awak dengan wang ringgit tapi saya ingin menjual cinta dan hasrat saya seikhlasnya. Berikan cinta awak sebagaimana saya memberi kasih dan cinta saya pada awak..."
      Athia terdiam. Dia melempar pandangan pada sawah yang terbentang. Angin petang lembut menyapa kami, juga ku tahu ada bisik rindu yang dibawa angin petang itu melintasi sukmanya. Pandangan bertaut lama sebelum dia tertunduk. Dia mahu segera berlalu.
      "Bohonglah saya andai itu memuaskan hati awak Thia, tapi jangan bisa membohongi hati sendiri. " suaraku bergetar. Athia tidak bereaksi, segera mahu berlalu seperti juga dia mahu menghindar saja segala hasratku. Dia tidak ingin mengakui, tak mahu merelakan rasa cinta di hati biar pun aku tahu dia merasa sama seperti apa yang aku rasakan.
      "Simpan saja hasratmu, Zar. Aku tidak bisa menerima setelah aku tidak berdaya memberi..."
      Kata-kata Athia bagai meruntuhkan segenap tembok rasa di hatiku. Ia pelahan-lahan mencalar luka yang pedih. Sesungguhnya ku kecewa. Betapa pun aku tega, Athia masih tetap menghindar. Aku tidak berhak memaksa biar pun aku terus memujanya. Katanya dia bukan seperti gadis-gadis lain yang kabur dengan kemewahan, juga ia bukan seperti gadis-gadis lain yang bisa kalah pada tampan parasku. Dengan praduga yang hebat tidak pernah berhenti menghindar. Baginya aku hanyalah seorang yang bijak bermain kata, hebat memperdaya.
      Langkah Athia sayup berlalu. Dia ingin segera pergi. Ingin segera menamatkan impian indah yang ku impi. Dia tidak mungkin mahu berpaling lalu menyambut cintaku sekali pun aku bersungguh. Pada ku dia tinggalkan sebuah kekalahan.
      Tiba-tiba langkah Athia terhenti. Dia berpaling.
      "Zar. Saya akui, saya takkan bisa membohongi hati sendiri betapa di hati, saya mengharap agar saya mendengar lafaz cinta dari awak!"

              Zar,
      Tidak aku berdaya membohongi hati, kerana aku tidak ingin menolak takdir buatku. Sesungguhnya Tuhan itu menjadi setiap hambanya kerana cinta dan kerana cintalah lahir seorang aku di mukim cinta Tuhanku. Saat Allah SWT menghadirkan cinta seorang Adam di hatiku, dayaku membuka seluas-luasnya hatiku. 


       Zar,
      Betapa indah cintamu merisik sukmaku, betapa luhur kau membuka jalan bahagia di hadapanku biar kau tahu onak merencam pada perjalanan kita yang berliku. Jika aku bukan aku hari ini, akulah perempuan yang paling beruntung. Mampu menerima dan memberi selaut kasih sayang namun takdir begitu licik. Takdir tercipta buat kita dan kita harus pasrah menrimanya. 


          Zar,
      Kita ditakdirkan untuk berpisah, melampiaskan hasrat saat ingin mengejar hasrat lalu tika kembali kita di sini, lepaskan cintamu kerana telah ku bebaskan dirimu dalam mukim asmaraku.


        Athia Nursyuhada
        16 April 2004


***
      Kami akhirnya menyanjung hasrat dengan ikatan pertunangan. Saat hati berbunga, menyulam rindu yang sarat, ku telah jua betapa hati terduga saat takdir licik menduga. 
      Panggilan telefon pagi itu meluluhkan perasaan. Nasa ku tinggal sendirian di talian sedang aku terjelopok lesu di lantai. 
      Athia!
      Baru malam tadi kami berhubung di telefon. Katanya Athia, dia kini rancak menyiapkan persiapan perkahwinan kami menjelang Disember ini. Kelak, dia mahu segalanya berjalan lancar. Dia bakal menjadi suriku, memutlakkan dirinya buatku lalu kami membina keluarga yang bahagia. Betapa manisnya impian!
      Kata Athia lagi, dia merindu. Sesungguhnya ada kesal di hatiku kerana kerja-kerjaku di Kuala Lumpur ini menjarakkan kami. Namun biar berjauhan, dia tidak pernah jauh di hati. Esok kepulanganku ke kampung akan disambut dengan kuntuman teratai. Teratai lambang pertemuan kami katanya. Dia sendiri akan memetik teratai buatku. Ah, tak sabar untuk aku pulang menemuinya esok!
      "Zar, aku pun tak pasti dia ke permatang lepas balik dari berjemaah di surau. Tapi dia ada kata nak petik teratai pagi ni. Tak sangka awal pagi begitu dia ke tali air..." suara Nasa serak. Panggilan telefon pagi tadi memaklumkan betapa aku kehilangan Athia selama-lamanya dan kini, harum kemboja mengiringi langkahku meninggalkan pusaranya. Betapa pedih untukku lalui episod ini. Pemergian Athia terlalu mendadak, sesungguhnya terkesan di hatiku. Kata Nasa, kuntuman teratai ada di tangannya saat dia ditemui pucat lesi pagi itu. Bisa ular sudah menular dirinya kala dia dikejar ke hospital. 
      "Ini takdir Allah. Tidak aku, tidak kau mampu untuk menghalangnya..."
      Saat segalanya sudah begitu luka, ada khabar indah pernah kau bisikkan di telinga. Menerima lafaz cinta, mengikat janji lalu memutlakkan cinta dirimu di dunia ini untukku biar pun akhirnya sepi jua yang merona kasihku. Ia meratah pedih perlahan-lahan meruntuhkan segenap perasaanku. Kala luka, ada rindu yang berbaur membuatkan aku bisa terpesona dalam tangisan luka ku!
      Athia ku tinggalkan dengan kenangan yang terus subur di layar minda. Sesungguhnya takdir Tuhan memisahkan kami dari perbatasan alam. Telah bertahun lalu, cintanya tetap mewangi di mukim rasaku dan hanya doa kutitip kala rinduku terdetik buatnya. 
      Senja menjadi kelam, bayu membawa udara malam yang sejuk. Sayup-sayup surah Yassin yang ku lafaz bergema, menumpang pendengaranku. Hatiku diserbu pilu. Kenangan demi kenangan berputar di layar minda namun aku cuba untuk terus bertahan. 
      Tanah perkuburan itu ku tinggalkan bersama gugur kelopak kemboja dan aku melangkah terus bersama indah sekuntum teratai. Al-Fatihah. 
*TAMAT*


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee