AnakSuhaemi


For You !

Assalamualaikum.. Selamat datang ke BlogFly yang tak berapa nak terbang ni. Sila jaga tangan anda yang sesekali suka sangat nak copyFly copyFly watever benda. No no no jangan buat di sini.. Minta kebenaran dulu :D

BlogFly -2-



Friday, November 23, 2012 | 9:43 AM | 0 ♥
          Assalamualaikum pembaca pembaca sekaliann dan Selamat Pagi saya ucapkan kepada kamu ! Anda berada di tempat yang betul takdanya tekan pergi blog lain sebab aku dah ubah balik BlogFly nii.. Itupun aku masih tak puas hati lagi tau .. Yela, aku pun manusia biasa jugak ada yang puas ada yang tidak..

Pliss ambil perhatiann, My BlogFly nii belum siap lagi tau so kalau ada tak puas hati ke ape sila ke ruang Shout aku yang aku panggil BooM ! Silakan laa tinggalkan url blog korang ape kejadahnya kalau nak jerit jerit kat situ pun takpe aku izinkan asalkan lepas korang jerit nanti korang masih warass.. Bhahaha

Oppss, aku belum tanya lagi kat korang dah baca yang kat tepi tuu ke belum haa? Kalau belum dipersilakan baca dulu yerr dah tajuk pun For You! See that Header kat atas tuu? Precious Smile kononnya~ Kalau ada masa nanti aku tuka..

See kat Tab korang tuu, perkataan apa? Yess, AnakSuhaemi.. Kenapa? Sebab aku anak kepada bapak aku yang bernama Suhaemi laa.. Jangan tanya soalan yang tak munasabah boleh tak.. Kalau nak tanya jugak pegi ke ruang komen entry ni tak pun pegi kat BooM !

Akhir bicara, kalau korang nak tahu aku dengan lebih dekat rajin rajin laa baca BlogFly aku ni eaa.. Aku kalau dah rimas dengan BlogFly nii aku akan selalu tukar Template dia or BlogSkin or watever laa biar aku sentiasa bertenaga untuk menulis... Kalau nak tuka macam aku korang tekan Blogskins :D ..

Byebye 4 U !

BlogFly ;)



Wednesday, November 21, 2012 | 6:07 PM | 0 ♥
Assalamualaikum... Haii *lambai tangan* :D   Sekali lagi kita berjumpa dalam BlogFly yang tak berapa mahir nak fly nii.. Hari nii aku nak cakap pasal this My BlogFly maa..

Cantik tak cantik takk ? Berkurun sudah aku tak update last last bila bukak je dah penuh dengan anai anai perosakk.. Cehwahh ! :D Gelak sikit gelak sikit..  N then naik rimas dah aku tengok blog nii sebab itu laa aku tukar semuanya.. Yaa, semuanya !

See header aku amacam, Cantikk tak? Bagi aku cantikk laa sebab baru nak pandai buat header macam orang lain kan.. Yela aku tak macam korang.. Ahahahaha Tapi kann aku terasa macam budak budak tadika plak sebab ada gambar awan awan laa segala bagai.. Korang tak rasa ke?


ini header yang 1

Header ke-2

See? Aku tahu cantikk takyah nak gosip sangat laa.. Hahaha  Cerita lain, ada dengar orang nyanyi tak.. Korang tahu sape, kawan aku laa Adele nama dia.. Bhaahaha  Cehh, takde maknanya dia jadi kawan aku.. Aku cuma suka lagu dia jea sebab lagu ni mengingatkan aku pada seseorang iaituu Exxxxxx aku...

*ulang suara* Exxxxxxx aku.. Nak tahu Exxxxxxx aku sape? Takyah tahu laa sebab dah berkurun lama aku ditinggalkan si Dia.. Tapi aku tetap menunggu dia bak lagu Nikita Willy 

Ku akan menantiMeski harus penantian panjangKu akan tetap setia menunggumuKu tahu kau hanya untukku
Walau badai menerpaCintaku takkan ku lepasBerikan kesempatan untuk membuktikanKu mampu menjadi yang terbaikDan masih menjadi yang terbaik

tuu Cehwahh, jiwang moden pulak aku petang petang macam nii.. Biasalah suara aku kan sedap untuk dialunkan.. Wakaka  Okeyy okeyy berbalik kepada this BlogFly, aku nak edit balik ! Sonok tak sonok tak..  Kalau korang nak tahu macam mana blog aku yang akan datang.. Tunggu~ 

Flying 4 U.. Mmmuahh


MiszD - Smile Always #,#



Tuesday, November 20, 2012 | 6:20 PM | 0 ♥
          Assalamualaikum.. Haii *lambai tangan* Dah lama rasanya tak update blog kankann? Yela, mana tak nya asyik busy je dengan belajar this Year kan PMR ! U all tak tau ke? Tak tahu diam je kat situ baca apa yang aku nak cerita kat kau tau?

Semalam... Ada seorang kawan aku ni dia .. dah kann... dia dah Putuussss ! Mula mula dia mesej aku "yat kita nk ckp somthing.. kita dh break dgn ...D"   Okeyy, mane tak terkujat kan tiba tiba pagi dia dah mesej kata dah putus! Macam tak percaya pulakkan.. Ingatkan dia main main.. Rupanya betul

Okeyy, then kawan aku ni kate si ...D ni ada orang ke-3 siap bagi aku link fb budak tuu lagi.. Dalam sedih sedih tu sempat lagi dia puji budak tu umur 16, baik la cantik laa. Kalau aku jadi kau kan kawanku aku dah lama dah Block fb si ...D tuu dengan scandal dia tu sekali tau.. Haisshh, sabar jela

Kawan aku cakap sebelum si ...D couple dengan dia, si ...D ni dah couple dulu dengan akak ni.. Maknanya si ...D ni couple 2 orang sekali dalam satu masa.. Mentang mentanglah sekolah lain lain nak ambil kau kan ...D !

Aku tanya laa masih kawan lagi tak dengan si ...D tu? Dia kata masih kawan sebab tak sanggup nak benci dia walaupun dia dah buat macam tu kat kawan aku ni.. Adakah ini yang dinamakan Cinta Sejatii?


Act ,mase dye nak tinggalkan aku .dye ckp ''sorry sebab jadi orang ke-tiga'' .''acad EX diya yang paling diya sayang'' .''and ,DELETE sumua ******''
#KenangkuDalamDoamu :'(
 Dah dah sampai sini saja entry aku, taknak laa nanti kalau aku buat panjang panjang nanti takut lain pulak ceritanya.. Aku taknak memburuk burukkan orang lain. Aku sempat cakap kat Diya "no man no cry" Hahaha  Sampai manakah perkataan itu akan bertahan? Tunggu~
Okeyy, byebye..
Move Onn Kawankuu !


|~Pengalaman di tempat baru, sekolah baru dan kawan baru...



Tuesday, February 7, 2012 | 9:38 PM | 1 ♥
Assalamualaikum...
Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog ni.. Aku tengok dah banyak isi-isi blog aku yang sudah expired... hahaha ngokngek betolla!! Jadi, aku biarkan jela.. Malas laa.!

Oke oke, balik kepada tajuk yang ingin dibincangkan di atas itu yer. Pengalaman di tempat baru tidak begitu menyeronokkan sebab dipenuhi dengan mat-mat Indon iaitu Lombok!!!! Perempuan tak ramai langsung! Kalau ada pon bukannya bertegur sapa pon. Okey FINE! Aku memang berjirankan orang-orang Indon di tempat baru ni.. Dah nama tempat ni pun Ladang Mados kankan? Haruslah ramai Indon wokk!

Tempat baru ni jugak jauh dari bandarnya.. Tapi dekat dengan Tg. Balau tau? So, boleh pergi hari-hari ke sana.. Takda laa dekat sangat, masih jauh okey? Pengawal keselamatan dia sungguh baik sebab setiap kali ada orang nak keluar or masuk mesti dia angkat tangan sambil tersenyum walaupun gigi dia tak cantik!! hahaha (gigiadayangtakda)

Pengawal keselamatan di Mados sini lebih baik berbanding di Mados sana.. Kalau kat sana bukannya nak tego ke apa ke? Pandang muka jea lepas tu dah pandang tempat lain balik! Tempat baru ni belum sempurna lagi.. Surau dia pulak jauh dari rumah.. Kadang-kadang dengar orang azan dan kadang-kadang tak!

Sekolah baru plak--> Sekolah ni bagi aku boleh laa memuaskan.. Aku selalu kalau nak tunggu van tunggu di depan sebab lagi dekat daripada belakang jauh sangat sebab kena lalu depan asrama sekolah baru sampai ke belakang.. Cikgu-cikgu kat sini plak boleh tahan baik jugak.. Mula-mula masuk sekolah tu jea aku rasa macam berlagak dan sombong cikgu-cikgu kat sini.. hehehe

Mula-mula sekolah jea dah mula latihan sukan.. Aku apa lagi, tak pergi laa! Ko ingat aku rajin ke bersukan-sukan ni? Target jea nak kurus kan tapi bukan main malas nak bersukan! Erghh.~ Merentas desa pun aku tak pi kat sini taw? Naseb baik cikgu takde panggil taw? Kalau tak habis laa..~

Kawan baru plak bukan maen terlebih sporting dah aku rasa taw dengan diorang ni.. Mula-mula memang kekok giler dengan diorang ni.. Banyak kali jugak laa kelas kitorang bertukar atas sebab-sebab tertentu..Budak-budak laki kelas aku plak perangai giler-giler.. Lagi-lagi si Ikmal, Syahmi, Azitullah, Afiq, Amin dan ramai lagi laa..

Kat sini jugak aku tiba-tiba dapat abang plak kan.. Sama kelas plak tu.. Dia jadi abang aku dengan tidak sengajanya sebab nama bapak aku kan nama Suhaemi dia plak Suhaimi.. Jadi, budak-budak kelas ni ingat aku ni adik dia.. Sebutan sama, tapi ejaan tak sama taw? So, sampai sekarang dia panggil aku adik kat kelas or kat mana-mana.. Aku tak tahu nak buat apa dah.. Dia tetap nak panggil aku adik jugak!

Ada satu budak laki ni suka sangat ganggu aku.. Aku tak tahu nak buat apa lagi dengan dia tu.. Orang dah marah dia pun masih buat saja jeaa.. Macam takda apa yang terjadi.. Sengal! Then, diorang ni suka sangat sakat nama fb yang sekarang ni.. Suka sangat sakat nama Hambo, Hambo, Hambo, Hambo tu... Yatt, Yatt, Yatt, Yatt tu... Aku tahu laa yang korang tak pernah dengor nama hambo tukan? So, tak payah nak kecoh boleh tak?

Oke, sampai sini jea aku update blog pada hari ni.. Sebab aku update blog ni kat cc.. So, tak boleh laa nak lama-lama kat sini.. Kalau ada umur yang panjang aku akan berjumpa dengan blog ni lagi oke? K,bye!

Kuiz Cinta #1: Kamu pembawa virus ex-?



Wednesday, December 28, 2011 | 3:36 PM | 0 ♥
Assalamualaikom...
Kali ini aku nak buat post mengenai kuiz cintan. Ni pun aku ambil dekat majalah Remaja dan bukannya aku buat sendiri. Aku akan buat kuiz ni sampai bila-bila selagi ada majalah Remaja ni la kat rumah. Cubalah kalau nak. 


Putus cinta? Aduh sakit hati mengenangnya!. Perasaan yang lahir dari hati, tentunya sukar untuk dimengerti. Apatah lagi jika kalian berdua mempunyai cerita dan kisah romantis yang meruntun jiwa. Bila diingat-ingat kembali, adakah kamu bersedia untuk 'melepaskan' rasa cinta padanya. Atau kamu memang sudahpun melupakannya? Bagaimana agaknya rasa hati mu itu ya? Masih 'terkejar-kejar' si dia atau pintu hatimu telah dibuka untuk insan lain yang lebih memahami?...

1Kamu sedang memandu. Tiba-tiba lagu cinta kamu dan bekas kekasih sedang di putarkan di corong radio. Perasaan kamu kala itu;
(a) Terkejut dan membebel, "Eh bukankah ni lagu kesukaan dia? Aduh!!!"
(b) Tiba-tiba jadi emosional kerana teringat padanya. 
(c) Tukar frekuensi radio. Tak pun padamkan terus radio itu! Puas hati.

2Setelah sekian lama tidak bertanya khabar, si dia menghantar sms padamu. Reaksi kamu;
(a) Membalas mesej tersebut dengan mananyakan khabarnya. 
(b) Rasa seronok dan teruja! Membalas kembali sms malah banyak yang kamu tanyakan tentang dirinya. 
(c) Terus padam sms.

3Sahabat baik kamu memberitahu dia terserempak dengan bekas teman lelaki/perempuan mu yang sedang enak menjamu selera bersama seorang gadis ayu/jejaka kacak. Reaksi kamu;
(a) Tumpang gembira. Sekurang-kurangnya dia sudah bertemu pengganti kamu.
(b) Rasa geram! Kamu nak tahu siapa lebih cantik/tampan?. Kamu atau gadis/jejaka itu!
(c) Eh kenapa pula kamu nak marah-marah?. Peduli apa dia dengan gadis/jejaka lain.

4Bagi kamu, 'ex-boyfriend/girlfriend' adalah jejaka/gadis yang;
(a) Pernah rapat dengan kamu dan ketika itu dia adalah insan paling kamu sayangi.
(b) Bertanggungjawab dan mengambil berat tentang dirimu. Pendek kata dialah yang terbaik dalam dunia ini!
(c) Seorang yang tidak berperasaan dan selalu membuat kamu sakit hati geram!

5Kamu berjalan berseorangan di sebuah pasar raya. Tiba-tiba dari jauh kamu melihat bekas teman lelaki/perempuan kamu juga berseorangan berjalan ke arah kamu. Agak-agaknya kamu;
(a) Ukir senyuman manis dan katakan hai ketika dia melambaikan tangan pada kamu.
(b) Menegur dia dan ajak berbual sekejap.
(c) Cepat-cepat melarikan diri. Kononnya kamu tak perasan kehadirannya itu!

6Seandainya kamu boleh mengubah sejarah antara dirimu dan si dia, kamu akan;
(a) Tidak akan mengubahnya kerana kamu memiliki sesuatu yang berharga melalui perkenalan itu meskipun terselit kisah yang melukakan.
(b) Mengubahnya dengan tidak melakukan kesalahan dan memperbaiki kesalahan yang pernah dilakukan ketika bersamanya.
(c) Berharap kamu tidak pernah mengenali dirinya!

7Kamu ada temu janji dengan seorang jejaka/gadis. Ketika si dia menjemput kamu, bau harum minyak wanginya sama seperti minyak wangi yang dipakai kekasih lama kamu;
(a) Tak mengapa kalau minyak wanginya sama, asalkan sikap mereka berbeza.
(b) Aduh! Kamu terasa seperti bersama bekas kekasih. Rindu padanya!
(c) Baunya cukup menyesakkan! Kamu jadi tak keruan sepanjang temu janji itu. Ishhh....

8Semasa kamu menyambut hari lahir, bekas kekasih menghubungi kamu dan meminta maaf serta menyatakan dirinya ingin menjalin hubungan yang baik denganmu.
(a) Menerima permintaan maafnya dengan ikhlas dan kembali berbaik-baik dengannya.
(b) Seronok sangat! Manalah tahu, kamu dan dia boleh bercinta semula.
(c) Erm...maafkan saja tetapi tidak mengharap apa-apa.

9Bagaimana hubungan kamu dengan kawan-kawan bekas kekasih?
(a) Walau tidak seakrab dahulu, kamu dan mereka tetap baik dan mesra.
(b) Menjaga hubungan persahabatan dengan sebaiknya kerana melalui mereka, kamu dapat menerima berita tentang si dia.
(c) Selama ini pun kamu tidak dikenalkan kepada kawan-kawannya. Jadi, hubungan memang tak rapat.

__________________________________________________________________________________
Jawapan kamu 
kebanyakannya... 

Lupakan dia                                    C Simpan dendam          
  Wah tak usah khuatir ya sayang kerana kamu                       Aduh...duh...duh! Dalam diam-diam kamu
berada di zon bebas dari si dia! Kini kamu telah                  masih menyimpan rasa dendam dan sakit hati 
berjaya melupakan kenangan antara kalian berdua.   |          pada si dia. Jadi, apa saja tentang dirinya,      
Malah kamu mampu meneruskan hidup dengan         |          pasti menimbulkan rasa geram dan marah      
lebih bahagia dan sentosa. Seronoknya! Kamu                     kamu. Hingga kadang-kadang rasa marah itu
juga tidak lagi perlu memeningkan kepala                            keterlaluan jadinya. Dik, tak penat ke marah-
memikirkan ex-boyfriend/girlfriend. Bagi kamu,         |          marah sampai begitu sekali? Cuba duduk     
hubungan kamu dan dia telah pun tamat dan              |         dan tenangkan diri. Fikirkan kembali apa      
kamu tidak perlu ambil berat tentang dirinya lagi.       |         agaknya perbuatan atau salah silap bekas      
Beban sudah semakin berkurang. Kesakitan              |         kekasih kamu yang membuat kamu marah    
pula dapat dilawan. Inilah masanya untuk kamu         |          dan 'menyampah' padanya. Setiap manusia   
melangkah penuh gaya ke hadapan. Lupakan            |          pasti melakukan kesalahan. Maafkan saja    
yang lama dan tempuhi hari-hari indah yang pasti       |          dirinya. Selain kenangan pahit, kamu juga     
menceriakan pelangi hidupmu kerana kamu               |          pasti mempunyai pengalaman manis bersama 
mampu melakukannya. Nantikanlah lamaran              |          si dia kan? Apa kata kamu ambil masa         
cinta dari jejaka/gadis yang menggilaimu...                            mengimbas kembali kenangan indah itu.         
________________________________________|          Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan  
________________________________________          rasa marah yang berbuku di hati. Lagi satu   
B Masih rindu padanya!                              dik, harus diingat, anggaplah apa yang berlaku 
   Aduhai... sejujurnya kamu masih tidak dapat                    sebagai pengajaran dan pengalaman bermakna
menerima 'kehilangan' si dia. Kamu juga sering               |    untuk kamu melayari hubungan cinta yang lebih
memikirkan tentang si dia malah tidak henti-henti            |     bahagia selepas ini. Apa yang berlaku, biarkan 
menyesali perpisahan dalam hubungan cinta yang            |     berlalu. Jangan terjerat dengan keadaan yang   
dibina. Ternyata rasa cinta kamu pada si dia cukup         |     serupa malah hindarilah diri dari mengalami      
kuat. Biarpun percintaan kamu berdua terputus di           |     peristiwa yang sama. Bermula dari hari ini,       
tengah jalan, kamu tetap positif untuk bersama                     berhentilah marah-marah dan benci pada si dia.
dengannya semula. Buktinya kamu sering berusaha         |    Tak payah buang tenaga, penatkan diri           
untuk mendekati dan mencari peluang berbual                 |    memarahi perbuatan lampau si dia yang sudah 
dengannya. Bertanya khabar melalui sms mahupun          |    tentu tidak memberi apa-apa. Sabar ya           
panggilan telefon adalah rutin yang kerap kamu               |    sayang!                                                        
lakukan. Segala-galanya hanya untuk mengambil             |______________________________________
hati si dia. Namun sayang, jika sudah tiada jodoh   |
antara kamu, redhalah dengan apa yang berlaku.    |
Jangan sia-siakan persaan kamu itu. Simpanlah ia   |
untuk insan yang memang memerlukan. Ayuh!        |
Cepat usir jauh-jauh perasaan kamu itu. Tak          |
perlu dilayan sangat. Masih ramai jejaka/gadis        |
di luar sana yang pasti sesuai buat kamu. Berhenti   |
berharap pada si dia ya!                                         |
_______________________________________|

Labels:

Cerpen Pilihan #1: Indah Sekuntum Teratai.



Saturday, December 24, 2011 | 5:46 PM | 0 ♥
Assalamualaikom...
Kali ini aku nak buat post berkenaan dengan cerpen. Cerpen yang akan aku buat ni aku ambil daripada Majalah Remaja. Bukan aku yang buat taw? Aq cuma pembacanya sahaja. Apabila aku rasa macam cerita ni tentang cinta dan aku terfikir untuk mempromosikannya lagi di blog. Okela, selamat membaca.!


Di sini terlakar peristiwa yang mencipta kenangan kami. Kami pernah meniti permatang, merentasi senja merah kala burung-burung berterbangan pulang ke sarang. Kami pernah duduk di dangau kecil ini sambil bercerita kisah kami. Kisah hati kami dan terlakar di hati kami betapa kami mencipta harapan, menganyam impian. Padanya selaut kasihku bergenang tenang untuk dia renangi dan untukku kasihnya bagai tidak bersempadan.

Di sini juga mengeratkan desah rindu kami. Kami pernah berlari lalu bila penat, kami bersandar di pohon bunga yang rendang. Kami berhenti berkata-kata, menghilangkan mengah dan akhirnya kami akan ketawa bersama bila melihat wajah masing-masing yang kepenatan. Di sini kami sering mengimbas pertemuan pertama kami. Ia bagai basah dalam ingatan, menghadirkan seri dalam perjalanan cinta. Pahit-manis kami lalui, suka-duka kami jalani. Segalanya demi hari depan yang terindah. Betapa kami terus membina harapan setinggi langit, menyubur impian agar bahagia mekar berbunga. 
      Di sini juga kenangan terus subur, membuka satu-persatu lembaran baru. Kami berpisah seketika saat kepulanganku ke Kuala Lumpur. Kami berpisah di tepi tali air yang di dalamnya mekar teratai. Kami pernah mengucap selamat jalan dan kala itu air mata bagai tidak lagi mampu tertahan lalu kami sama-sama menangis. Sayu di hati betapa perpisahan ini mengajar erti cinta, mengundang rindu yang panjang pada hati-hati kami. 
      Di sini juga kami pernah mengutip teratai lalu di bawa bersama satu perpisahan. Dia pernah meletak sekuntum teratai itu di telapak tanganku bersama ucap selamat jalannya. Ku lihat matanya berkaca, dadanya berombak. Katanya teratai lambang cinta kami. Katanya lagi, teratai yang ku beri padanya saat cintanya ku lamar akan terus mekar di hati bersama cinta yang takkan dibiarkan layu. Biar masa berputar merubah musim, padaku dia mendambakan sebuah harapan hati dan padanya ku titipkan impian yang terus bersemi. Kami sesungguhnya menghidupkan sebuah penantian. 
      Di sini juga mencatat pengakhiran saat menyambut kepulangan kami. Saat kami kembali ke sini, tiba-tiba segalanya bagai terhenti. Segala-galanya menjadi kosong tidak bererti. Dan di sini juga telah kami ciptakan rindu tidak bertepi dalam sebuah kenyataan yang hakiki. 
***
      Athia menyusun ikan kering yang masih lembap itu ke atas pangkin. Separuh kerjanya terganggu dengan panggilan emaknya. Dia pantas meletakkan bakul berisi ikan lalu masuk ke rumah. 
      Terpana aku kali pertama melihatnya. Wajah polos putih kemerahannya di hiasi sepasang mata yang cantik, beralis lebat. Hidungnya mancung dengan seulas bibir yang sempurna. Aku teruja mahu melihat wajah bujur sirih itu dihiasi rambut namun tidung yang diikat ringkas itu menghindar keinginanku. Niatku terusir jauh, jua menghormati susur agamanya. 
      "Ini anak mak cik, Athia Nurshuhada. Itu adiknya, Aisya Zahra..."
      "Saya Muhammad Afizzar." Senyumanku disambut dengan anggukan. Dia tersenyum sedikit. Mak Su Ipah turut tersenyum. Kemudian menambah,
      "Zar ni orang KL. Kata Nasa anak orang barada tapi sanggup masuk ke kampung macam ni..."
      "Masuk ke kampung ni, kerja apa?" wajahnya curiga. Tidak senang agaknya aku dilayan ramah oleh Mak Su Ipah walau senyumannya sebentar tadi ku lihat seperti ikhlas. 
      "Err.. saya..."
      "Tak apalah, kerja apa pun boleh duduk di kampung ni. Siapa pun tak boleh halang asal pandai-pandailah bawa diri..." Mak Su Ipah memintas. Aku tersenyum sedikit tapi gadis Athia itu kelihatan mengetap bibir. 
      "Thia ke bawah dulu. Ikan tak terjemur lagi, nanti dibawa lari kucing pula..." dia lekas-lekas mahu menghindar diri. Mak Su Ipah hanya menggeleng, "mana ada kucing makan ikan kering?" rungut Mak Su Ipah. Aku hanya tertunduk. Perkenalan itu memang tidak menyenangkan gadis itu, hanya Mak Su Ipah saja yang ramah. 
***
      Athia!
      Athia itu seperti amat sukar difahami. Selama beberapa hari aku duduk di sini, tidak pernah sekalipun dia menegurku. Hanya jelingannya tajam, mengisyaratkan dia tidak senang dengan kehadiranku di rumah ini. 
      "Thia pindah aja bilik belakang kalau tak selesa dengan Zar." suara Mak Su Ipah tegas. Wajah Athia jadi keruh. Dia masuk semula ke dalam biliknya, menutup pintu rapat-rapat. Aku tersenyum menang, masuk semula ke bilikku. Gitar di katil aku capai. Memang patut pun Athia beralah demi keselesaan orang luar seperti aku. Almarinya juga sudah dipindahkan ke bilikku malah apa jua, Mak Su Ipah akan memenangkan aku.
      "Tolonglah hormat orang lain, jangan memekak. Kalau awak nakmain gitar dan melalak, lebih baik melalak kat tepi bendang sana!!" suara Athia kedengaran dari bilik sebelah. Dia mendengus saat aku masih tidak mengendahkan kata-katanya malah sengaja menyanyi dengan lebih kuat lagi. Athia tidak peduli lagi. Yang kedengaran hanya alunan ayat suci Al-Quran, beralun lembut. Sedang dia mengaji, aku terus-menerus melalak, menenggelamkan asyik alun suaranya.
      "Tolong jangan memekak boleh tak?" suara Athia menyapa tika aku masih galak menyanyi. Aku hanya mencebik, memandang ke arahnya yang masih bertelekung, berdiri di muka pintu bilikku. Renungannya yang tajam tak ku endah.
      "Nak dengar saya main lagu baru saya? Saya dapat ilham bila awak bising-bising macam mak nenek!"
      Athia mendengus. Serentak dia meluru ke arahku, merampas gitar di tanganku. Gitar itu serta-merta dihempas ke tanah melalui tingkap bilik. Aku terkejut tanpa sempat menghalangnya.
      "Thia, awak tahu tak apa awak buat ni hah?!!" aku menjerkahnya. Dia mengangkat kening, mengungkit bahu.
      "Itu pengajaran buat manusia macam awak..." suaranya mempersenda. Dengan senyuman sinis, dia berlalu. Meninggalkan aku terpinga-pinga. 
      "Susah juga nak duduk kampung orang, rumah orang..."
      "Orang mana pulak? Kan rumah ni rumah aku?" Nasarudin yang baru balik dari surau mencelah. Dahinya berkerut, hairan mendengar kata-kataku. 
      Aku mendengus kecil. Masih terasa hati dengan layanan kasar Athia.
      "Ni tentu fasal Athia?" dia tiba-tiba meneka, menilik wajah keruhku dalam-dalam.
      "Dia memang macam tu. Sejak arwah ayah pergi, dia jadi pendiam..."
      Aku tersentak. Tidak ada apa-apa yang mampu aku komen mengenai Athia. Dia jarang berbaik dan ramah dengan orang luar, lelaki apatah lagi. Dia tak senang dengan semua kawan-kawan aku malah sebab dia, tak ada kawan aku yang nak lepak sini. Nak jumpa aku pun, diorang jumpa di gerai makan hujung kampung itu. Lagi satu, semua pinangan orang dia tolak. Tak paham aku!..." cerita Nasarudin sungguh-sungguh. 
"Tolonglah hormat orang lain, jangan memekak. Kalau awak nak main gitar dan melalak, lebih baik melalak kat tepi bendang sana!"
Aku hanya mendengar. Dari kisah Nasarudian itu, aku dapat merasakan ada sesuatu yang lebih berat terbeban pada gadis bernama Athia itu yang aku sendiri tidak pasti...
***
      "Thia!"
      Athia tidak endah. Aku mengejarnya yang berjalan laju di permatang. Langkahnya laju namun pada langkah yang terakhir mahu naik ke batas, tanah licin menyebabkan tubuhnya masih tidak dapat diimbang. Dia terhuyung-hayang sebelum tergelincir.
      "Thia!" Aku terkejut. Athia sudah pun terjelepok dan pantas aku berlari menghampirinya. Lengannya ku tarik agar dia mampu bangun. 
      "Tepi!! Saya boleh bangun sendiri!!" jerkahnya. Tubuhku ditolak kasar. Dia cuba bangun tapi masih gagal. Kesakitan yang mencengkam membuatkan dahinya berkerut menahan sakit tapi dia masih berusaha untuk bangun. Aku jadi kasihan, panyas menarik lengannya biarpun dia meronta. 
      "Tak payah!"
      "Kenapa degil sangat?!" mataku membuntang. Nada menjadi tinggi. Athia terdiam tiba-tiba. "Awak ingat dengan kaki terseliuh tu awak boleh balik sendiri?" aku tidak peduli, terus menarik lengannya. Aku memapahnya hingga ke rumah. 
      "Jangan keran saya orang luar, awak mahu membebani saya dengan kebencian awak, dengan dendam awak. Saya bukan Faizal! Saya bukan lelaki yang bodoh dalam menilai keindahan seorang perempuan dan saya bukan lelaki yang tidak tahu menghormati!"
      Athia tersentap. Nama Faizal yang ku tutur sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Sesungguhnya ada sesuatu yang berlaga di hatinya saat aku mengulangi nama itu di pendengarannya.
      Aku sesungguhnya telah menyelusur hidupnya. Kisah Faizal, abang tirinya yang mahu memperkosanya meninggalkan hitam pada kamus hidupnya dan kebenciannya terus subur bersama dendam. Dia membenci ayah tirinya, juga mendendami Faizal malah hanya kerana aku seorang lelaki, dia menafikan segala fitrah. Dia terus-menerus dengan curiga dan dendamnya.
      "Saya boleh keluar dari rumah tu kalau awak benci sangat dengan sangat!"
      Dia tidak bersuara, hanya sekali mengaduh sakit.
      "...dan awak pun tak perlu lagi mengurung diri dalam bilik dan hanya keluar setelah saya dan Nasa keluar bekerja. Lepas saya keluar awak boleh hidup bahagia. Itu yang awak mahukan??"
      Tidak ada reaksi. Gadis itu pantas meloloskan diri, meleraikan cengkaman tanganku pada bahunya.
      "Terima kasih kalau awak faham!" ucapnya. Dia terenjut-enjut berjalan ke arah rumah. Aku yang ditinggalkan hanya mengeluh. Betapa sukar melentur keras hatinya. Betapa dia tegar mempertahankan prinsipnya, tidak bisa membenarkan sedikit pun hatinya di sapa kasih seorang lelaki. 
      "Kemaslah barang awak..." suaranya masih kedengaran biarpun dia tidak lagi berpaling padaku yang termangu kesal. Sungguh, tidak tahu diuntung!. Aku sudah menolong, masih tidak mahu berterima kasih. Pun dia masih melayani aku dengan kasar. 
      "Saya akan keluar dari sini..."
"Jangan kerana saya orang luar, awak mahu membebani saya dengan kebencian awak, dengan dendam awak. Saya bukan Faizal! Saya bukan lelaki yang bodoh dalam menilai keindahan seorang perempuan dan saya bukan lelaki yang tidak tahu menghormati!"
      Malamnya aku bersuara. Ketika itu kami sedang menikmati makan malam. Athia tidak ada bersama dengan alasan kakinya masih berdenyut. Ah, jika tidak kakinya terseliuh pun, dia tidak akan makan sekali jika aku ada bersama. Dia seakan menghindar diri dariku, aku merasa sedikit terkilan. Sememangnya semenjak berbulan lalu, sejak aku di sini, tidak pernah Athia makan sekali. Ada saja alasan yang diberi.
      "Saya akan keluar dari rumah ini..."
      "Kau dah hilang akal?" Nasa menyergah, matanya membuntang. Mak Su Ipah turut berhenti suapan.
      "Saya akan menyewa rumah lain..."
      Mak Su Ipah menghela nafas panjang. Kejutan masih tergambar pada kerut di dahinya. Lama kemudian suaranya mengendur. "Tak selesa tinggal di rumah mak cik, Zar? Ye lah, rumah kampung, buruk pulak tu. Mana sama rumah mewah di Kuala Lumpur nu"
      Aku serba-salah. Mak Su Ipah sudah tersinggung benar, lekas membasuh tangannya dan beredar.
      "Maaf..." ucapku perlahan. Seleraku turut hilang. Aku beredar, duduk di tangga. Nasa mengekori.
      "Aku tahu sebabnya. Fasal Athia kan? Tapi Zar, kau tak boleh buat macam tu. Tinggalkan rumah ni sedangkan kita perlu habiskan sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Kolam udang perlu penyeliaan. Kita tak boleh tinggal pada pekerja semata-mata."
      "Aku terus di kampung ni tapi bukan duduk di sini.."
      Nasarudin mengeluh. Seimbas, padanannya singgah pada wajahku. "Aku tahu Zar, kau tak boleh tahan dengan perangai Athia. Dia memang macam tu, janganlah ambil hati dengannya.."
      "Entahlah.." suaraku juga perlahan, bersama keluhan panjang. Sesungguhnya kedinginan Athia membuat aku terpinggir.
      "Kau tak kasihan dengan mak aku? Dia terasa hati bila kau bertindak nak tinggalkan rumah ni. Mak aku tak salah, yang salah Athia. Layanan mak aku dah cukup baik. Fasal Athia, biarlah dia. Aku pun tak paham dengan dia sampai kadang-kadang aku dah tak tahu nak cakap apa lagi padanya.."
      Aku terbuai rasa bersalah. Sesungguhnya layanan Mak Su Ipah adalah yang terbaik. Aku tidak punya niat untuk menyinggung perasaannya namun kehadiranku di sini seolah-olah membebankan Athia. Biarpun tidak pernah sekalipun dia membuka ruang bicara kami, kebenciannya seakan meluap-luap saat berselisih denganku. Jelingannya tajam, bibir cantik itu tidak pernah bisa mengukir sekuntum senyuman buatku. Dia menterjemah kebenciannya tidak dengan kata-kata tapi gerak lakunya sudah menunjukkan betapa dia tidak senang dengan kehadiranku di sini.
      "Athia dah banyak berubah. Aku tak tahu ke mana pergi sifat ramahnya. Kalau dulu,, dia paling ceria tapi semunya berubah bila arwah ayah pergi. Dia benci Pak Yusof bapa tiri kami. Dia tak setuju bila mak kahwin dengan Pak Yusof. Waktu orang tua tu meninggal pun dia seperti tak merasa apa-apa."
      Aku terdiam. Nasa terus bercerita Athia tiba-tiba muncul, berdiri di muka pintu dengan pandangan tajam, tepat memandang ke arahku. Nasa segera menepuk bahuku sebelum berlalu.
      "Awak buat mak menangis lagi." Suaranya serak, masih menyalahkan aku. "Sepatutnya awak keluar dari sini tapi kalau itu membuatkan emak lebih terasa hati..." dia terhenti. Kali pertama dia menatapku begitu tulus. Pun begitu, hanya sebentar, cepat dilarikan anak mata bila aku membalas renungannya.
      "Kalau itu membuatkan emak lebih terasa hati, tolong jangan keluar dari sini. Teruslah tinggal di sini selama mana awak mahu.."
      "Thia? Aku terpempan. Dia telah pun berjalan terenjut-enjut menuju biliknya.
      Semenjak itu kami menjadi agak akrab. Dia yang kembali membuka jalan, mencipta takdir baru buat kami. Dapat ku lihat dengan jelas perwatakannya yang sebenar. Dia sesungguhnya gadis yang bijak berhujah, tegas pendirian. Keindahan wajahnya dan santun lakunya menjadi pelengkap pada pesonanya yang terhebat. Malamnya diulit dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Siangnya dia leka membantu Mak Su Ipah menguruskan rumah, juga turun ke bendang.
      "Orang tak belajar tinggi, macam ni lah.." getusnya suatu petang. Aku tersenyum sedikit, mencuri pandang padanya. Langit masih cerah seawal 5 petang begini. Angin petang membuai lembut, meniup tudungnya hinggan terliang-liuk.
      "Bukan tak belajar tinggi, bukan tak ada peluang tapi tak ada rezeki. Ada hikmah segala apa yang ditakdirkan..." aku seperti memujuk. Teringat cerita Nasarudin, Athia bukan tidak berpeluang menyambung pelajarannya ke universiti tapi Pak Yusof enggan benarkan. Mungkin kerana itu Athia membenci ayah tirinya itu.
      "Memang semua manusia merancang tapi tak semua yang dirancang itu diizinkan tuhan. Itu namanya takdir. Setelah berikhtiar, kita harus tetap akur dengan ketentuan-Nya.."
      Athia melepas keluhan berat. Pandangan jauh merentasi sawah yang terbentang.
      "Bila balik semula ke KL?"
       "Lusa, Thia ikut saya?"
      Athia ku lihat menggeleng lemah. Dia bangun dari pangkin di dangau itu, berjalan perlahan-lahan meniti permatang. Aku lekas mengiringinya.
      "Kenapa?"
      Dia tidak menjawab. "Awak belum pernah cuba buah teratai kan?" soalnya, menenggelamkan soalan ku. Dia lebih berminat mengajak aku mencuba buah teratai itu dari membincangkan soal dirinya.
      "Awak belum pernah rasa buah teratai kan?" ujarnya lagi sementelah aku terpinga-pinga mencari jawapan.
      "Belum. Bunganya pun jarang saya lihat kecuali bila datang ke sini..." ujarku. Athia tersenyum. Denga ranting panjang yang diambilnya di tepi sawah tadi, dia menguis daun teratai. Akar teratai yang tersangkut, ditarik ke tepi tali air. Dia mencapai buah teratai dari kelompok yang sudah tua dan aku pantas memetik kuntumnya.
      "Cubalah rasa..."
      Aku ragu. Nasarudin sendiri tidak pernah ku lihat memakan biji dari buah teratai itu.
      "Cubalah. Tak apa, tak beracun..." dia membuktikan, mengunyah biji teratai itu dengan bersahaja. Aku tersenyum dan turut mencuba. Mataku masih jua tidak lari dari melihat wajahnya yang tertunduk sopan. Sesungguhnya saat ini aku merasakan, di hatiku ada perasaan aneh menyelinap licik, menjadikan dia yang teristimewa!
      Yang terindah, yang terus-menerus meraih rasa cintaku.
      "Menghuni hati saya kerana awak yang terindah..." aku mengulangi, juga berusaha untuk meyakininya. Athia tergesit, sedikit gusar. Tidak ada senyuman pada raut wajah itu melainkan kerutan di dahinya. Lamaranku seperti mengundang kekeliruan padanya.
      "Thia..." suaraku perlahan, berbisik. Aku sebenarnya berharap sekali pun aku tahu hatinya berlaga curiga saat ini.
      "Thia, saya tidak ingin membeli cinta awak dengan wang ringgit tapi saya ingin menjual cinta dan hasrat saya seikhlasnya. Berikan cinta awak sebagaimana saya memberi kasih dan cinta saya pada awak..."
      Athia terdiam. Dia melempar pandangan pada sawah yang terbentang. Angin petang lembut menyapa kami, juga ku tahu ada bisik rindu yang dibawa angin petang itu melintasi sukmanya. Pandangan bertaut lama sebelum dia tertunduk. Dia mahu segera berlalu.
      "Bohonglah saya andai itu memuaskan hati awak Thia, tapi jangan bisa membohongi hati sendiri. " suaraku bergetar. Athia tidak bereaksi, segera mahu berlalu seperti juga dia mahu menghindar saja segala hasratku. Dia tidak ingin mengakui, tak mahu merelakan rasa cinta di hati biar pun aku tahu dia merasa sama seperti apa yang aku rasakan.
      "Simpan saja hasratmu, Zar. Aku tidak bisa menerima setelah aku tidak berdaya memberi..."
      Kata-kata Athia bagai meruntuhkan segenap tembok rasa di hatiku. Ia pelahan-lahan mencalar luka yang pedih. Sesungguhnya ku kecewa. Betapa pun aku tega, Athia masih tetap menghindar. Aku tidak berhak memaksa biar pun aku terus memujanya. Katanya dia bukan seperti gadis-gadis lain yang kabur dengan kemewahan, juga ia bukan seperti gadis-gadis lain yang bisa kalah pada tampan parasku. Dengan praduga yang hebat tidak pernah berhenti menghindar. Baginya aku hanyalah seorang yang bijak bermain kata, hebat memperdaya.
      Langkah Athia sayup berlalu. Dia ingin segera pergi. Ingin segera menamatkan impian indah yang ku impi. Dia tidak mungkin mahu berpaling lalu menyambut cintaku sekali pun aku bersungguh. Pada ku dia tinggalkan sebuah kekalahan.
      Tiba-tiba langkah Athia terhenti. Dia berpaling.
      "Zar. Saya akui, saya takkan bisa membohongi hati sendiri betapa di hati, saya mengharap agar saya mendengar lafaz cinta dari awak!"

              Zar,
      Tidak aku berdaya membohongi hati, kerana aku tidak ingin menolak takdir buatku. Sesungguhnya Tuhan itu menjadi setiap hambanya kerana cinta dan kerana cintalah lahir seorang aku di mukim cinta Tuhanku. Saat Allah SWT menghadirkan cinta seorang Adam di hatiku, dayaku membuka seluas-luasnya hatiku. 


       Zar,
      Betapa indah cintamu merisik sukmaku, betapa luhur kau membuka jalan bahagia di hadapanku biar kau tahu onak merencam pada perjalanan kita yang berliku. Jika aku bukan aku hari ini, akulah perempuan yang paling beruntung. Mampu menerima dan memberi selaut kasih sayang namun takdir begitu licik. Takdir tercipta buat kita dan kita harus pasrah menrimanya. 


          Zar,
      Kita ditakdirkan untuk berpisah, melampiaskan hasrat saat ingin mengejar hasrat lalu tika kembali kita di sini, lepaskan cintamu kerana telah ku bebaskan dirimu dalam mukim asmaraku.


        Athia Nursyuhada
        16 April 2004


***
      Kami akhirnya menyanjung hasrat dengan ikatan pertunangan. Saat hati berbunga, menyulam rindu yang sarat, ku telah jua betapa hati terduga saat takdir licik menduga. 
      Panggilan telefon pagi itu meluluhkan perasaan. Nasa ku tinggal sendirian di talian sedang aku terjelopok lesu di lantai. 
      Athia!
      Baru malam tadi kami berhubung di telefon. Katanya Athia, dia kini rancak menyiapkan persiapan perkahwinan kami menjelang Disember ini. Kelak, dia mahu segalanya berjalan lancar. Dia bakal menjadi suriku, memutlakkan dirinya buatku lalu kami membina keluarga yang bahagia. Betapa manisnya impian!
      Kata Athia lagi, dia merindu. Sesungguhnya ada kesal di hatiku kerana kerja-kerjaku di Kuala Lumpur ini menjarakkan kami. Namun biar berjauhan, dia tidak pernah jauh di hati. Esok kepulanganku ke kampung akan disambut dengan kuntuman teratai. Teratai lambang pertemuan kami katanya. Dia sendiri akan memetik teratai buatku. Ah, tak sabar untuk aku pulang menemuinya esok!
      "Zar, aku pun tak pasti dia ke permatang lepas balik dari berjemaah di surau. Tapi dia ada kata nak petik teratai pagi ni. Tak sangka awal pagi begitu dia ke tali air..." suara Nasa serak. Panggilan telefon pagi tadi memaklumkan betapa aku kehilangan Athia selama-lamanya dan kini, harum kemboja mengiringi langkahku meninggalkan pusaranya. Betapa pedih untukku lalui episod ini. Pemergian Athia terlalu mendadak, sesungguhnya terkesan di hatiku. Kata Nasa, kuntuman teratai ada di tangannya saat dia ditemui pucat lesi pagi itu. Bisa ular sudah menular dirinya kala dia dikejar ke hospital. 
      "Ini takdir Allah. Tidak aku, tidak kau mampu untuk menghalangnya..."
      Saat segalanya sudah begitu luka, ada khabar indah pernah kau bisikkan di telinga. Menerima lafaz cinta, mengikat janji lalu memutlakkan cinta dirimu di dunia ini untukku biar pun akhirnya sepi jua yang merona kasihku. Ia meratah pedih perlahan-lahan meruntuhkan segenap perasaanku. Kala luka, ada rindu yang berbaur membuatkan aku bisa terpesona dalam tangisan luka ku!
      Athia ku tinggalkan dengan kenangan yang terus subur di layar minda. Sesungguhnya takdir Tuhan memisahkan kami dari perbatasan alam. Telah bertahun lalu, cintanya tetap mewangi di mukim rasaku dan hanya doa kutitip kala rinduku terdetik buatnya. 
      Senja menjadi kelam, bayu membawa udara malam yang sejuk. Sayup-sayup surah Yassin yang ku lafaz bergema, menumpang pendengaranku. Hatiku diserbu pilu. Kenangan demi kenangan berputar di layar minda namun aku cuba untuk terus bertahan. 
      Tanah perkuburan itu ku tinggalkan bersama gugur kelopak kemboja dan aku melangkah terus bersama indah sekuntum teratai. Al-Fatihah. 
*TAMAT*

Ishh, betol laa tu~



Wednesday, December 21, 2011 | 10:53 AM | 0 ♥
Assalamualaikom. .
Ishh, betol ke apa yang akak aku katakan tu haa? Kalau macam tu nanti 27.11 masa untuk budak-budak form2 n 3 beli buku sekolah yang aku plak sebok pulangkan buku pinjaman untuk tahun depan. Lepastu terpaksa uruskan masalah tu sendiri.

Aku nak pergi dengan sape? Akak aku nak temankan ke pergi sekolah? Macam mana dengan kawan-kawan aku yang laen? Nak diorang tahu ke yang aku ni nak pindah? Kalau tak bagitahu nanti diorang marah plak. Kalau bagitahu plak, mesti diorang kata jangan.

Alaa~ nanti diorang tahu jugak yang aku nak pindah kan? Aku tahu nanti diorang tahu masa naik sekolah 3.1.12. Kalau aku takde nanti, paham-paham jela yer? Ahh, susah betol kan bila nak pindah nii? Lebih baik aku rahsiakan jea masalah ni daripada diorang.

Kalau diorang dah tahu, nak buat macam mane, memang dah nasib. hehe Apalagi, mintak hadiah laa kan daripada diorang. Haha <--- jahat | Malas betol la nak datang sekolah pulangkan buku tu pastu kena bagitahu cikgu yang aku nak pindah.


Aq bukannya tahu nak uruskan pasal pindah-pindah nii. Ehh, akak aku pon kena pindah jugaklaa. Mestilah dia pergi sekolah dengan aku kan nanti? Nanti mesti cikgu tanya aku pindah sekolah mana? Aku pun tak tahu nak cakap. Keluarga aku nak pindah Kota Tinggi.

Ko tahu tak Desaru? Dekat-dekat situlah bapak aku kata nak pindah. Then, dia suruh aku dan akak aku sekolah kat SMKBP. Aku nak sekolah yang lain. Urghh~ aku tak suka laaa. Aku takut jea nanti takde kawan nak kawan kat sekolah tu. Aku bukannya pandai bergaul sangat dengan orang yang aku tak kenal ni.

Kalau aku, aku biarkan orang tu layan aku dulu baru aku layan dia balik. Masa untuk aku sesuaikan diri kat tempat baru mesti lama. Yang paling aku tak suka, Bapak aku suruh aku masok asrama nanti kat sana. Aku tak nak masok asrama lagi laa!!!!!! Tak sanggup!!!

Walaumacam mana pon aku tetap kena pergi jugak laa kawan. Kalau aku tak pergi, aku nak dudok dengan sape kat Segamat ni? Nenek aku? Tak mungkin laa sebab nanti aku nak naik ape pergi sekolah? Dahlaa susah ulang-alik. Jauh plak tu.

Okelaa, nanti lepas dah uruskan masalah kat sekolah tu aku sambung cakap pasal ni oke. Kat sini tak boleh laa bagitahu lebih lanjut kan? Belum sure lagi oke? Insya'allah kalau sempat aku buat taw? byebye

Novel-2 : Air Mata Rindu



9:44 AM | 0 ♥
Assalamualaikom. .
Kali ini aku nak buat post pasal novel buat kali ke-2. Hanya untuk mengingati semula nostalgia. <--- cehhwah :E Ini novel aku sendiri yang baru aku beli. Dah baca oke. Karya terbaru novelis Cinta Hatiku. Penulisnya adalah Pitteriah Abdullah.

Sinopsis:
Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas cinta suci Nora John Abdullah, iaitu ibu kandung Danial Akmal terhadap Datuk Dahlan. Pada malam pernikahan Danial Akmal, dia telah ditembak dan Eryna Izzati pula telah hilang ingatan. Setelah pulih dari koma, Eryna Izzati tidak mengenali Danial Akmal dan cintanya berubah kepada Amir Ridzuan. Namun, Danial Akmal tetap menanti Eryna Izzati agar kembali kepadanya. Datin Cantara dan anak angkatnya Shirly telah mengupah orang membunuh Eryna Izzati. Apakah yang terjadi kepada Eryna Izzati? Dapatkah Danial Akmal menerima musibah ini?

Cinta sesama manusia bukannya kekal selamanya. Cinta kepada ALLAH yang kekal abadi. Danial Akmal harus belajar menerima kenyataan tentang perkara ini, barulah hidup kembali tenang. ~ Nora John Abdullah

Sepinya hidup tanpa Eryna Izzati di sisi, itu yang dirasakan. Sengsaranya hidup tanpa mendengar suara dan gurauan manja Eryna Izzati. Di mana Eryna Izzati? Benarkah sudah pergi meninggalkan dirinya seperti yang dikhabarkan di dalam akhbar dua tahun yang lepas? ~ Danial Akmal Datuk Dahlan

Andainya mereka tahu keadaan aku, apakah mereka akan menerima aku semula? Apakah mereka mahu memaafkan segala kesalahanku, sedangkan ketika celik pun orang sudah teramat marah. Lagipun aku bukannya isteri Danial Akmal lagi. ~ Eryna Izzati Bashir



Nama Watak:
  1. Datin Nora John Abdullah
  2. Danial Akmal
  3. Pak Cik Harun 
  4. Zakaria / Zack
  5. Datuk Dahlan
  6. Datin Cantara
  7. Eryna Izzati / Ryna
  8. Izam 
  9. Midar
  10. Doktor Latif
  11. Ustaz Hamzah
  12. Amir Ridzuan
  13. Watie / Tie
  14. Datuk Ripin 
  15. Ain Khadeeja / Deeja
  16. Puan Balqis
  17. Zakuan
  18. Roslan
  19. Shirly
  20. Bashir 
  21. Adriana
  22. Hairil
  23. Razak
  24. Hakimi
  25. Pak Yusuff
  26. Syamila
  27. Sarti
  28. Akilah
  29. Datin Badariah
  30. Sally
  31. Datin Nazimah
  32. Pak Usu Firdaus
  33. Doktor Luqman
  34. Wahida / Kak Ida
  35. Surti
  36. Rayyan Akmal
  37. Doktor Aswandy
  38. Danny
  39. Muthu
  40. Ah Chong
  41. Inspektor Faisal
  42. Dr. Zuraida
  43. Danial Ezairy
  44. Yasmin Nadilla
  45. Saufi 
  46. Huda
  47. Mak Cik Besah


Ayat dia:

- Tika senja melabuhkan sayapnya,
 Terpancarlah warna keemasan,
 Dapat aku bayangkan tika kau ada,
 Pasti suasana kan lebih bermakna.
- Sayangnya terputus tali janji,
 Suatu waktu kukuh terpatri,
 Katamu kasih sayang tak bererti,
 Tidak menjanjikan untuk esok hari.
- Ku cermin diri ini,
 Terteralah kedaifan yang tak kau inginkan,
 Ku melepaskan keluhan yang panjang,
 Menyesali kemiskinan aku ini.
- Ku mampu petik bintang di langit,
 Ku mampu bina jambatan pelangi,
 Ku mampu pertahankan mu,
 Walaupun lawan ku seribu.
- Hanya itu bisa kulaksanakan,
 Bila mimpi mengundang kala malam,
 Hakikatnya,
 Yang ku ada,
 Satu jasad, satu nyawa, satu cinta.
- Tidakku salahkan dirimu,
 Kau berhak tentukan nasibmu,
 Kini aku menggenggam satu azam,
 Melempar khayalan,
 Bentuk kehidupan.
- Bayi ini kekuatannya. Bayi ini kebahagiaannya. Dia akan membesarkan anak ini dengan sepenuh kasih sayang. Anak ini membuatkan dia tidak cepat putus asa dan patah hati. Malah dia amat bersyukur kerana dapat mengandungkan anak orang yang dicintainya.
- Kenapa biarkan curiga ini menguasai diri? Bila hati sudah curiga, setan akan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Bukankah setan sudah berjanji, mahu merosakkan anak-anak Adam sampai ke akhirat kelak.Dan setan tidak pernah engkar pada janji-janjinya.Hanya manusia saja yang lupa pada janji.
- "Peluang untuk hidup sekali sajalah, dan kita hanya bercinta sekali seumur hidup, bukan banyak kali pun." 
- "Siapakah di antara kita
 Dengan rela menjadi pendusta
 Siapakah dulu membina harapan
 Dan siapa, yang memusnahkan impian
 Tanpa sebab dan alasan
 Kau main perasaan
 Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang."
- Insan yang mempunyai emak dan ayah adalah insan yang paling bertuah. Ada tempat untuk mengadu di kala susah, di kala sedih. Ada tempat untuk bermanja dan menumpang kasih. Bila ada masalah, bila perlukan nasihat, tentulah emak dan ayah yang sedia membantu. Orang lain? Apakah orang lain mahu membantu kita? Tak ada kan?
- Emak dan ayah adalah guru dan mentor yang terbaik. Orang lain sekadar boleh mendengar, boleh melihat saja.
- Datanglah badai setinggi mana pun, selagi ada emak dan ayah, kita akan jadi kuat dan utuh. Orang Kedah cakap, tolak tak rebah. Tetapi insan yang sudah kehilangan emak dan ayah, hatinya cepat sensitif, hatinya mudah terluka dan tentunya dia mudah menangis.
- Siapa yang pedulikan aku kalau aku merintih sekalipun. Lainlah itu mamaku, lainlah itu papaku.
- Hmm... ini semua ujian. Siapa yang bernama manusia, takkan terlepas dari ujian ALLAH.Takkan terlepas dari dugaan kehidupan. ALLAH mahu menguji tahap keimanan kita. Sama ada berjaya atau gagal diharungi?
- Kasih sayang ini benar-benar diuji. TUHAN, jangan pisahkan kami sekali lagi kerana dia sudah tidak mempunyai kekuatan untuk menjalani kehidupan ini seorang diri tanpa dia di sisi. Dia perlukan tempat bergantung. Dia perlukan tongkat untuk melangkah ke hadapan.
- Jangan cepat putus asa dan mengeluh. Mengeluh itu tandanya kita tidak bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan.
- Dia sudah redha dengan keadaan ini kerana hikmahnya terlalu besar. Kerana buta inilah yang membuatkan keluarganya kembali bersatu. Malah kasih sayang dan cintanya juga kembali terpaut dek kerana buta ini.
- "Cinta seorang manusia itu sentiasa berubah. Cinta kepada ALLAH saja yang kekal abadi."

Okey, sampai di sini saja.Kalau ko nak tahu lebih lanjut lagi ko belilaa buku ni ataupun tanya di kaunter pertanyaan yer? Kalau bintang ada 5 aq hanya dapat bagi 4 sahaja. Okelaa tu kan? byebye

Filem2 --> Love Story



Saturday, December 3, 2011 | 3:36 PM | 0 ♥
Assalamualaikum,
Hari ini aku nak cerita pasal filem Love Story versi Indonesia yang aku tengok malam semalam di Astro Pelangi kalau tak salah aku laa. Memang best giler laa wa cakap sama lu. Sampai aku pon boleh nangis semalam tengok sorang-sorang. Oke, balik kepada tajuk yer?

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang tidak asing lagi kalau bukan Acha Septriasa (Ranti), Irwansyah (Galih). Cerita ini mengisahkan tentang keakraban Ranti dan Galih tidak disenangi masyarakat setempat. Mereka bimbang, pernikahan dua bangsa berbeza ini akan membawa musibah kepada kampung masing-masing.


Sejak kecil lagi Ranti dan Galih rapat dan selalu bersama-sama walaupun mahu pergi ke sekolah. Keakraban yang akhirnya menyemaikan cinta di hati mereka. Galih telah berjanji untuk merealisasikan impian Ranti untuk menjadi guru bila sudah dewasa.

Ketika menginjak dewasa, cinta Ranti dan Galih semakin mekar sampai tiada sesiapun yang dapat menghalangnya. Tetapi, masyarakat sekeliling telah menghalang cinta mereka kerana mereka percaya jika ada percintaan di antara dua desa yang dipisahkan oleh sungai itu, akan berlaku bencana menimpa kampung mereka.

Mereka berpisah ketika Galih harus mengikut ibu bapanya pindah ke kota dan Galih berjanji kepada Ranti, apabila dia pulang, dia akan menyuruh pemandu bas hon sebanyak 3 kali. Selama beberapa tahun, Ranti menunggu tanpa penat. Akhirnya, Galih pulang sambil berazam ingin mencapaikan cita-cita Ranti untuk menjadi guru itu dengan membina sebuah sekolah yang lengkap dengan kincir air untuk sumber elektrik sekolah.

:Ayat:
- Cinta, tumbuh dalam hati manusia untuk membuat orang lain bahagia.
-Cinta adalah anugerah daripada Tuhan yang membawa kebaikan, bukan untuk ditakuti.
- Cinta bukan untuk dipisahkan, justeru disatukan.
- Cintaku akan abadi selamanya.
- Mengalir bersama airan, tumbuh bersama tanaman, menerangi hati dan fikiran, itulah nyanyian cintaku padamu.

Ayat terakhir:
-Waktu berlalu, hari terus berganti penduduk akhirnya menyadari kekeliruannya, Galih telah tiada tapi Galih telah berhasil mewujudkan impian Ranti dalam kebesaran cintanya. Cinta yang membuat anak-anak tidak perlu sekolah jauh lagi. Cinta yang menyatukan dua desa yang berseberangan sungai dan mempertemukan cinta-cinta yang selama ini dipisahkan oleh kutukan. Cinta yang membuat kincir air berputar menerangi rumah-rumah penduduk. Cinta yang menghasilkan aliran air yang mengairi kebun-kebun, sawah-sawah dan ladang. Cinta, yang membuka mata, hati dan fikiran. Kisah cinta Galih dan Ranti terus dibicarakan, diceritakan turun-temurun, dikenang sepanjang jaman, menjadi lagenda yang tidak mengotor, tetapi membawa damai dan kebaikan.

Galih telah melamar Ranti di depan masyarakat sekampung. Pada malam itu, Wagih telah hilang dan ditemui mati di sungai dan masyarakat percaya ia adalah bencana kerana cinta Ranti dan Galih telah melanggar sumpahan. Ranti pula menafikan kenyataan itu kerana ia berpendapat Wagih meninggal kerana mengambil jalan pintas untuk ke sekolah.

Galih sehabis mungkin mahu membina sekolah sampaikan memudaratkan kesihatannya. Ranti pula telah didera dan dikurung oleh ayahnya di dalam bilik. Tetapi, ia tidak dapat menghalang Ranti untuk keluar kerana Ranti mempunyai banyak cara untuk meloloskan diri daripada kurungan itu.

Masyarakat sekeliling sedaya upaya menghalang cinta mereka dengan membakar sekolah yang hampir siap itu. Namun, itu tidak dapat menghalang Ranti dan juga Galih untuk membangunkannya semula. Penyakit yang dihidapi Galih semakin parah dari hari ke hari dan masyarakat sekeliling beranggapan itu disebabkan mereka berdua telah melanggar sumpahan.

Perjuangan cinta mereka ternyata sulit kerana pelbagai rintangan yang harus ditempuhinya dan telah menyentuh hati masyarakat sekeliling. Penyakit Galih parah dan Ranti tidak dapat mengubatinya kerana sering dihalang oleh bapanya. Ranti telah didera oleh bapanya sampai pengsan selama 3 hari.










Selepas sedar, Ranti berusaha pergi ke tapak sekolah walaupun sudah dihalang oleh neneknya. Dia terharu dan gembira apabila melihat sekolah yang lengkap dengan kincir air itu sudah siap dibina oleh Galih. Tiba-tiba,  ayah Ranti bersama penduduk datang untuk membakar sekali lagi sekolah itu.

Niat mereka untuk membakar sekolah itu terbatal apabila melihat keajaiban yang dibina oleh Ranti dan juga Galih. Galih akhirnya meninggal di samping Ranti dan kekuatan cinta antara mereka berdua telah membuka hati masyarakat sekeliling untuk tidak mempercayai sumpahan itu lagi. Cinta antara dua desa yang pernah terpisah selama ini akhirnya terjalin tanpa apa-apa bencana yang menimpa.

Sekolah yang melambangkan cinta Ranti dan Galih itu sampai sekarang digunakan oleh masyarakat untuk anak-anak mereka pergi belajar dan gurunya adalah Ranti. Kisah percintaan antara Ranti dan Galih telah diceritakan kepada semua generasi dan diturunkan turun temurun.

Kalau korang nak tengok filem ni korang boleh tengok dekat SINI yer?

Labels:

Filem1 --> Menantang Maut (Miracle)



Thursday, December 1, 2011 | 6:54 PM | 0 ♥
Assalamualaikom,
Kali ini aku nak cerita pasal filem "Menantang Maut" yang telah ditayangkan baru-baru ini di astro. Seram jugak laa bagi aku kisah ni, sapa tak takut dengan mati kan? Semua takut, mana ada yang tak takut. Kalau ada yang tak takut tu memang aku tak tahu nak cakap apa laa. Sebab semua makhluk di alam fana ni semuanya akan mati. Mana ada terkecuali.Balik kepada tajuk--> Menantang Maut (Miracle)


Kisah bermula apabila Kinar seorang pelajar perempuan telah mendapat petanda buruk melalui mimpinya bahawa bas yang akan mereka naiki untuk ke destinasi rombongan sambil belajar akan menimpa bencana. Setelah puas Kinar melarang kumpulan rombongan itu dari menaiki bas, hanya lapan darinya yang mengelakkan diri daripada menaiki bas tersebut termasuklah Kinar. Itu pon atas sebab-sebab tertentu.

Walaubagaimanapun, petanda buruk yang Kinar mimpikan itu tetap terjadi ke atas bas rombongan itu bukan sahaja kemalangan malah turut musnah terbakar dan semua ahli rombongan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang terselamat ialah Kinar, Kaka, Satyo, Mey, Tania, Pak Irawan, Ago dan Aldi. Namun, kematian demi kematian tetap berlaku kepada mereka selepas kejadian itu.

Bermula dengan kematian Kaka, Pak Irawan, Tania dan Aldi. Kinar dan juga Satyo cuba untuk meleraikan teka teki pembunuhan pembunuhan yang berlaku secara berturutan lalu mendapati pangkal nama setiap dari mereka telah membentuk nama "KITA MATI" .

                                   K --> Kaka                              M  --> Mey
                                    I  --> Pak Irawan                    A  --> Ago
                                   T  --> Tania                              T  --> Satyo
                                   A --> Aldi                                 I  --> Kinar

Mereka yang tinggal percaya bahawa kematian demi kematian ini adalah satu rancangan pembunuhan lalu bercadang bersama-sama pergi ke tempat yang sepatutnya dituju oleh bas rombongan untuk mengelak dari terbunuh tetapi, tidak kesampaian kerana kereta yang dinaiki mereka menghadapi kemalangan dipertengahan jalan dan tersesat di sebuah rumah usang.



Sepanjang berada di sana, pelbagai perkara pelik dan menakutkan telah berlaku di rumah itu. Mey pula bertidak sebaliknya apabila ingin membunuh Ago, Satyo dan Kinar kerana dia percaya bahawa jika dia membunuh mereka, dia akan dapat membatalkan perancangan pembunuhan serta terselamat daripada mati. Namun begitu, ia tetap gagal kerana rancangan pembunuhan itu tetap berjalan mengikut urutannya. 

Lalu, Satyo dan Kinar mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Mereka menjangkakan rancangan pembunuhan itu sudah terhenti kerana sepanjang perjalanan mereka tidak terjadi apa-apa. Namun, meleset apabila Kinar mendapat khabar Satyo sudah meninggal. Semasa Kinar menghadiri upacara pengebumian Satyo, muncul seorang wanita misteri bernama Imas.

Imas telah menceritakan apa hubungan beliau dengan Satyo dan terbongkarlah semua rahsia selama ini. Imas ingin membunuh Kinar kerana dendamnya terhadap Satyo kerana telah meninggalkannya atas disebabkannya cacat. Tetapi, yang terbunuh adalah Imas kerana dalam perancangan pembunuhan itu nama Imas turut ada kerana huruf 'I' yang ada dalam perkataan "MATI" itu bukanlah nama Kinar tetapi nama Imas.

Okelaa, sampai di sini sahaja. Terima kasih bagi yang baca post kali ini.

Labels:

Malang Bagiku, mungkin Hikmah



Wednesday, November 30, 2011 | 8:25 PM | 0 ♥
Assalamualaikom,

Di sini aku nak cakap pasal hal yang berlaku pada diri aku. Korang nak tahu tak? Apa, taknak? Ader aku kesah? hehe Takde ahh, aku peduli apa, bukannya korang baca pon post aku ni. Jadi, aku tak kira korang baca ke tak, aku nak jugak buat post ni.

Malang bagiku sebab ada 2 perkara yang terjadi. Mula-mula, korang ingat lagi tak duit RM100 yang kerajaan bagi tu? Alaa~ duit yang untuk perbelanjaan sekolah untuk tahun depan tula. Dah ingat kan? Korang tahu tak apa yang terjadi? .......................!!!!!!!!!!!!!!HILANG!!!!!!!!!!!!!................

Aku dah takut dah sekarang, takut bapak aku tahu duit tu dah hilang. Apa aku nak jawab haa nanti? Setahu aku laa, duit tu aku simpan dalam kocek seluar track aku, tapi tadi aku check takde laa plak. Mungkin salah aku jugak laa kot sebab tak simpan elok-elok duit tu kat tempat yang selamat.



Yang keduanya plak, kipas meja bilik aku sudah tidak stabil seperti biasa lagi dah. Korang tahu tak kenapa? Sebab kipas dalam tempat dia berpusing tu kan ada tiga kan. Salah satunya dah patah separuh. whoaaa!! Ganas betol kan? Tapi, kipas tu boleh berpusing lagi cuma tak betol jea sebab kepala dia asyik bergoyang-goyang macam orang mabuk.

Mungkin hikmah sebab apa yang sudah berlaku ke atas aku tu mesti ada hikmahnya kan? Tak kiralaa hikmah itu positif atau pon negatif. Allah tidak pernah memberikan sesuatu dugaan itu kepada hambanya yang tidak berupaya untuk menanggungnya. Wahh! Dah macam ustazah aku ni kan? hehe

Labels:

Melahirkan Semula



Sunday, November 27, 2011 | 12:49 AM | 2 ♥
Assalamualaikom, ,

Hai semuaa!! Rasanya dah lama aq tak buat post kan? Mana taknya asyik sibuk je memanjang. .Bukannya kerja pon, tapi sebok tengok tv jea. hehe Korang rindu aq tak? Aq tahu korang rindu aq, tapi malu nak ckap kan? Takpe aq paham perasaan korang macam mana sekarang. haha

Hishh, tak malu betol aq ni kan. haha Tapi, yang aq rindu sekarang ni ialah blog aq yang semakin boring/bosan aq tengok. Aq rasa macam nak 'melahirkan' semula blog ni. Korang tak paham ke? Aq lagi laa tak paham. hahahaaha Cehcehhcehh, buat lawak bodoh yang tak seberapa bodoh plak aq ni kan?

Okeoke, maksod aq blog ni aq nak edit balik dengan hasil tangan aq sendiri sebab sebelum ni yang edit blog aq ialah akak aq. So, bila aq dah edit balik blog ni mestilaa dia macam dilahirkan semula. Korang paham?  <--(aq tak paham, tapi pura2 paham =,="). 

Sementara aq edit blog ni, mungkin aq tak sempat nak buat post baru ke apa ke kan? Kalau ada masa, INSYA'ALLAH aq akan buat post. Kalau takde pon jangan plak marah oke? Aq ni membebel panjang-panjang ni macam ada orang nak baca plak? Perasan betol kan?

Takpe laa, janji aq mendapat keseronokan menaip walaupon tiada siapa yang membaca. Aq harap dapat mengedit blog ini dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari sesiapa pon dan akhirnya aq dapat hasil yang membuatkan hati aq puas walaupon ko kata tak cantik kan blog ni? Bagi aq blog ni CANTIK! byebye

Labels:

Segmen: Jom Blogwalking Bersama Eiqa Azra..



Wednesday, November 23, 2011 | 5:33 PM | 6 ♥
Assalamualaikom, ,


Hari ni nak buat pasal segmen ni plak. Ni pon aq jumpe dekat blog kak Vanessa Petra sebab dia pon join segmen ni jugak. Kalau korang nak join bole tekan banner di atas yer? Sebelom tu aq nak tag dulu beberapa orang iaitu 
http://canibeanawesomeblog.blogspot.com/
http://akuadalahaku20.blogspot.com/
http://www.inikisahtia.com

TARIKH TUTUP: 30.11.2011

oke, SELAMAT BERSEGMEN!!! byebye

Labels:

Segmen Cik Bunny: Jom Blogwalking! (Bahagian 2)



Tuesday, November 22, 2011 | 2:43 AM | 4 ♥
Assalamualaikom, ,

Di sini aq ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan satu segmen. Kalau korang nak masuk tekanlaa banner di bawah


Semoga korang terhibur dengan segmen ni yerr. Tarikh tutup: 15 Disember 2011 (mungkin diubah bila-bila masa) byebye

Labels:



|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee